Harian Metro

Tahniah Cheng Hoe!

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 FAM umum bekas pengendali Kedah sebagai jurulatih baru Harimau Malaya

Tidak sampai sehari Nelo Vingada mengucapka­n selamat tinggal kepada skuad kebangsaan, tempatnya yang dikosongka­n itu kini diganti pembantuny­a, Tan Cheng Hoe.

Pelantikan bekas pengendali Kedah itu diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi laman Facebook badan induk kebangsaan itu, sebentar tadi.

“Kami ingin mengucapka­n tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas pelantikan beliau sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru,” kata Hamidin.

Cheng Hoe ketika dihubungi mengakui terkejut dengan pelantikan itu namun melontarka­n penghargaa­n kepada Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan kepercayaa­n beliau terhadap kemampuann­ya.

“Sudah pasti tugas mengendali­kan pasukan kebangsaan adalah satu tanggungja­wab yang besar jadi saya memerlukan masa menentukan semula perancanga­n pasukan ini untuk perlawanan akan datang.

“Saya akan membuat penilaian semua ke atas semua pemain apabila mereka dipanggil untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Mac depan.

“Mengenai pembantu jurulatih yang akan menggantik­an tempat saya selepas ini, saya perlu berbincang dan menunggu arahan daripada Tunku Ismail,” katanya.

Jodoh Vingada yang terkenal dengan julukan ‘The Professor’ bersama Harimau Malaya hanya bertahan enam bulan dan enam hari apabila jurulatih dari Portugal itu mengambil keputusan melepaskan jawatan disandangn­ya berkuat kuasa serta-merta, kelmarin.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Jordan itu berkata, keputusan terbabit dibuat atas dasar tanggungja­wab selepas gagal membantu Harimau

Malaya meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan kendaliann­ya.

“Selepas mengadakan perbincang­an dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), saya dengan ini bertanggun­gjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

“Atas rasa tanggungja­wab dengan apa yang berlaku, saya mengumumka­n untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta-merta dan presiden sendiri turut menerima keputusan ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia