Harian Metro

Bakat dua dalam satu

- DARI MUKA 1

Azhar mahu berjaya dalam nyanyian juga lakonan

“Bukan merajuk, saya sebenarnya memberi masa kepada diri sendiri untuk melihat kembali perjalanan karier seni sebelum ini. Sepanjang tempoh itu, saya bersyukur masih ada tawaran dalam bidang seni.

“Walau apa pun, kini saya kembali bangkit untuk meneruskan kerjaya solo membabitka­n bidang nyanyian mahupun lakonan.

Saya memutuskan untuk mengukuhka­n diri dalam keduadua bidang itu bermula sekarang.

“Tiada lagi istilah asalkan ada tawaran tetapi saya mahu pastikan dapat menyerlah sebagai penyanyi dan pelakon. Oleh itu, saya akan bekerja keras untuk membina semula nama, apa lagi ramai peminat mendorong serta menyokong saya terus ke depan,” katanya.

Apa yang pasti, Azhar mengakui dia banyak belajar daripada kesilapan dan pengalaman lalu. Menurutnya, dia akan memastikan semua itu menjadi teladan buatnya menjadi anak seni yang kental.

“Melihat kembali karier seni sebelum ini, saya akui banyak juga pengajaran yang saya dapat dalam industri. Saya terlalu naif dan tidak tetap dengan pendirian sehingga memberi kesan pada kelangsung­an karier.

“Dari situlah saya mula menetapkan sebaik-baiknya bagaimana hala tuju terbaik dalam karier saya kini. Bagaimanap­un, saya bersyukur tidak terlambat untuk kembali membina semangat diri,” katanya.

Azhar juga mengakui pembabitan­nya dalam AF Megastar tidak lama dulu membuka jalan buatnya kembali terutama dalam bidang nyanyian. Sebagai penyanyi solo, dia kini tampil lebih yakin.

“Sejujurnya saya tidak sangka pun dengan pencapaian dalam pertanding­an itu. Cumanya, saya memang tahu kedudukan diri jika dibandingk­an peserta lain dan dapat terpilih dalam kelompok Top 12 pun cukup membanggak­an.

“Pertanding­an itu cukup membuka mata saya untuk lebih yakin menyanyi secara solo. Bukan mudah namun sekurangku­rangnya platform itu memberi ruang untuk saya memperbaik­i diri,” katanya.

Bagaimanap­un, Azhar tidak menafikan dia cukup risau bergerak solo sebelum ini kerana terbiasa menyanyi berkumpula­n. Padanya, dia lebih selesa sekiranya berada dalam kumpulan kerana dia sukakan cara begitu.

“Terus terang saya memang suka menyanyi dalam kumpulan dari zaman sekolah lagi. Saya tidak melihat kekuatan diri menyanyi secara solo meskipun ramai yang menyaranka­n begitu.

“Kini sudah tiba masanya untuk saya membuktika­n kemampuan diri. Memang ia mengambil sedikit masa namun saya kini sangat bersedia dan teruja untuk menjadi penyanyi solo,” katanya.

Tuah buatnya, Azhar kini jadi buruan beberapa label yang menawarkan untuk menguruska­n karier nyanyianny­a. Ini termasukla­h FMC yang menurutnya, dia mungkin akan bernaung di bawah label berkenaan.

“Saya yakin FMC boleh merealisas­ikan impian saya disebabkan sekarang pun ramai penyanyi yang mencetuska­n fenomena juga bernaung di bawah mereka. Walaupun masih dalam pertimbang­an, saya sangat positif label itu boleh melakukan sesuatu untuk karier nyanyian.

“Apa yang pasti, saya akan lebih berhati-hati dengan aspek pemilihan lagu di mana itulah sebenarnya penentu sejauh mana saya akan maju. Saya mahukan lagu yang benar-benar akan membawa saya ke tahap sebagaiman­a penyanyi hebat lain,” katanya.

Dalam pada itu,

Azhar juga dalam rangka memperkuku­hkan lagi jaringanny­a dengan orang industri. Untuk lakonan contohnya, dia mahu lebih serius dan sentiasa mencari peluang terbaik mengembang­kan nama sebagai pelakon.

“Memang agak mencabar juga, apa lagi sekarang saya tidak diuruskan mana-mana pengurusan. Bagaimanap­un, saya ambil itu sebagai cabaran penting untuk memperkena­lkan diri dengan ramai penggiat seni,” katanya.

Sebagai permulaan, Azhar bakal tampil membintang­i drama berjudul Dahlia: Isteriku Mem Besar yang akan disiarkan di TV9 tidak lama lagi. Turut berlakon drama itu, Arash Mohd, Amyza Adnan, Mawar Rashid dan Amirul Faqeem. -Georgie Joseph

 ??  ?? KEMBALI dalam bidang seni dengan semangat baru.
KEMBALI dalam bidang seni dengan semangat baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia