Harian Metro

Rawan hati seorang suri

-

Aku Di Sisimu tampilkan Fouziah Gous sebagai watak utama untuk slot Widuri

Slot Widuri yang menjanjika­n tayangan drama bersiri kekeluarga­an terbaik di Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula mendapat tempat di hati penonton setia saluran RTM.

Slot yang berkongsik­an kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita itu boleh dijadikan iktibar bersama.

Terbaru, bermula 17 Disember ini drama bersiri 26 episod berjudul Aku Di Sisimu menghiasi saluran TV1 bermula jam 7 malam.

Kisah ini mengangkat dilema dan pahit maung kehidupan yang dialami suri rumah selepas suaminya ditimpa kemalangan dan koma untuk tempoh yang panjang.

Menampilka­n Fouziah Gous sebagai watak utama drama bersiri ini turut membariska­n pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman.

Laila, seorang suri rumah mula melalui dilema selepas suaminya, Nasa terbabit kemalangan jalan raya dan koma.

Sarah menganggap Laila yang menjadi punca bapanya kemalangan dan terus tidak bercakap dengan mamanya.

Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya.

Mira yang tidak mempunyai anak baru saja ditawarkan pemberhent­ian kerja secara sukarela

(VSS) dan bercadang menggunaka­n wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’, tetapi ditegah suaminya.

Laila cuba bekerja, tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak-anak dan suaminya.

Bapa Laila yang bersimpati dengannya tidak bekerja dan menyerahka­n geran tanah supaya Laila menjual tanah itu bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital sama,

Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. Shukor sudah boleh keluar hospital, tetapi tidak mahu pulang kerana dua anaknya, Sajiah serta Suria tidak mampu menjaganya dan mereka sering bergaduh.

Dia yang mengetahui Mira menerima VSS menyaranka­n supaya Mira membuka rumah jagaan pesakit kerana dia ingin terus dijagai olehnya.

Laila yang mula bekerja terpaksa berkejar setiap hari untuk menguruska­n anakanak dan menyiapkan kerja di pejabat yang menimbun dan menjenguk suami di hospital.

Mira yang bersimpati dengan Laila mengajak dia minum di kantin dan berbual dengannya. Mira memberitah­u dia bercadang membuka rumah jagaan pesakit kepada Laila, tetapi tidak cukup modal kerana kosnya tinggi.

Laila bersetuju untuk menjadi rakan kongsi lalu menghantar surat perletakan jawatan selepas mendapat sokongan ayahnya.

Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Pelbagai halangan terpaksa mereka lalui.

Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit? Saksikan kisah Aku Di Sisimu setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV1.

 ??  ?? AKU Di Sisimu lakonan Fouziah Gous dan Hilal Azman.
AKU Di Sisimu lakonan Fouziah Gous dan Hilal Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia