Harian Metro

KHAS BUAT SI CILIK

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Ibu bapa tidak perlu bimbang anak-anak terdedah gejala tidak sihat di media sosial dengan memuat naik aplikasi Ali Huda.

Aplikasi ciptaan warga Denmark, Maruf Yusupov menawarkan lebih 1,000 program hiburan popular Islamik daripada produksi antarabang­sa untuk kanakkanak berusia dua hingga 12 tahun.

Antaranya, Voice of Ummi, Alif & Sofia, Baba Ali Kids, Brainy Bunch, D-Lish, Madrasah TV, Omamo dan Quran 4 Kids.

Inspirasi Yusupov yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ali Huda untuk menghasilk­an aplikasi khas bagi kanak-kanak tercetus berikutan media Barat sering memaparkan perkara negatif terhadap Islam.

“Sebagai bapa kepada tiga anak kecil, saya mahu menghasilk­an program yang boleh menaikkan semangat kanak-kanak.

“Di Denmark, Muslim adalah minoriti dan sering kali ada berita kurang enak dipaparkan di media asing,” katanya kepada RAP, barubaru ini.

Namun projek mencipta aplikasi itu bukan murah dan Yusupov bertuah apabila projek itu berjaya mengumpul sumbangan dana orang ramai sebanyak AS$30,000 menerusi laman web Launch Good.

“Saya turut menambah wang simpanan sendiri untuk projek itu. Bukan murah untuk mencipta aplikasi Ali Huda kerana saya memerlukan wang untuk membayar pakar dan pekerja.

“Projek bermula Julai tahun lalu dan mengambil masa setahun untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya.

Dalam tempoh itu, Yusupov berjaya menyakinka­n 20 studio animasi untuk menyiarkan program mereka di Ali Huda.

“Setakat ini, kami menerima lebih 1,000 langganan dari 50 negara termasuk Malaysia.

“Kebanyakan maklum balas daripada pengguna memberitah­u mereka menyukai aplikasi ini kerana YouTube kurang sesuai bagi kanak-kanak.

“Menerusi Ali Huda, penonton cilik bukan saja dapat menyaksika­n program hiburan, tetapi mereka boleh mempelajar­i nilai positif dan mendalami Islam,” katanya.

Tambah Yusupov, kunjungann­ya ke Malaysia bertujuan bertemu produksi animasi tempatan untuk menambah lagi program dalam Ali Huda.

“Menerusi kerjasama dengan beberapa produksi Malaysia, kami menjangkak­an lebih ramai penonton dari negara ini.

“Kami turut mendapati aplikasi ini menerima sambutan baik daripada penonton di Brunei, Indonesia, Pakistan dan Nigeria,” katanya.

Aplikasi Ali Huda dapat dimuat naik di iOS dan Android. Langganan bayaran bagi pelanggan di Malaysia adalah RM19.90 sebulan atau RM199 setahun.

Maklumat lanjut boleh layari www.alihuda.com.

 ??  ?? YUSUPOV mahu hasil program yang boleh menaikkan semangat kanak-kanak.
YUSUPOV mahu hasil program yang boleh menaikkan semangat kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia