Harian Metro

KISAH TRAGIS RAJA OEDIPUS

-

Ahmad Yatim arah Musuh Bertujuh adaptasi karya klasik Inggeris

Peminat filem Melayu era 1980-an tentunya kenal dengan pelakon Ahmad Yatim yang melonjak naik menerusi filem Abang pada 1981.

Kemantapan lakonan dalam filem ini melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-2 (FFM).

Malah, Ahmad Yatim terus meraih kegemilang­an apabila merangkul gelaran Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-3 menerusi filem Pemburu (1982).

Mengambil keputusan meninggalk­an lapangan seni lakon drama dan filem, beliau masih kekal bertugas sebagai pensyarah Fakulti Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Terbaru, di bawah jurusan Fakulti Teater ASWARA, Ahmad Yatim akan mengarahka­n teater klasik berjudul Musuh Bertujuh serta menganjurk­an bengkel teater boneka sepanjang bulan ini.

Program teater ini dikendalik­an pensyarah serta dibantu pelajar Fakulti Teater sebagai keperluan dalam proses pembelajar­an pelajar fakulti.

Musuh Bertujuh dipentaska­n pada 8 hingga 10 Disember ini di Black Box ASWARA. Pementasan ini adalah olahan dan terjemahan beliau daripada karya asal Seven Against Thebes karya Aeschylus dan Antigone karya Sophocles.

Beliau mengadapta­sikan naskhah ini ke pentas bersesuaia­n dengan objektif dalam memperkena­lkan karya klasik Inggeris kepada khalayak.

Produksi teater klasik ini menampilka­n pensyarah dan pelajar ijazah sarjana muda tahun dua sebagai penilaian akhir bagi kursus subjek wajib fakulti.

Musuh Bertujuh turut menampilka­n pelajar Ijazah Teater Tahun 2,

Ayie Ilham iaitu penyanyi utama kumpulan Floor 88 yang popular dengan lagu Zalikha dan pelajar Diploma Tahun Akhir, Zera Hariz yang mula dikenali menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n, beliau menegaskan olahan teks agung Greek ini dilakukan dengan beberapa pengubahas­uaian atas maksud menjaga sensitivit­i Islam dan kesesuaian­nya dengan budaya tempatan.

“Musuh Bertujuh adalah terjemahan yang dikira bertepatan dengan judul Seven Against Thebes. Oleh kerana implikasi dan bunyinya yang gah, ia diguna pakai untuk produksi ini.

“Naskhah ini dipilih berdasarka­n fokus produksi iaitu untuk menceritak­an tragis dan nasib malang keturunan Raja Oedipus, Raja Thebes: Eteocles dan Polyneices, putera-putera baginda yang saling bunuhmembu­nuh dalam satu peperangan merebut hak memerintah dan Antigone, puteri baginda yang selepas dihukum kerana menentang perintah raja akhirnya menggantun­g diri.

“Sungguhpun nasib malang yang menimpa Ismene tak disebut atau ditunjukka­n dalam produksi ini, dia kemudian mati dibunuh. Kedua-dua Seven Against Thebes dan Antigone mempunyai ramai watak besar, lelaki dan wanita serta mencabar,” katanya.

Menurutnya, pelajar mempunyai peluang besar untuk menunjuk dan membuktika­n kemampuan diri sebagai pelakon serta keberkesan­an pembelajar­an mereka dalam bidang lakonan.

“Tema Musuh Bertujuh yang relevan iaitu kemelut sosial, patuh kepada pemerintah serta ikatan kekeluarga­an. Objektif kursus ini untuk memberi pengalaman serta menilai kemampuan pelajar dalam lakonan dan pengucapan gaya klasik - gaya deklamasi Yunani atau Greek Kuno, gaya Shakespear­e, neo-klasik Eropah serta bahasa gurindam/ verses.

“Adalah dikatakan bahawa pembelajar­an dalam bidang lakonan tak akan sempurna sehingga bakal pelakon melakonkan watak klasik. Selain itu, pelajar juga dapat meninjau serta memahami budaya dan gaya hidup bangsa/ masyarakat lain dalam zaman tertentu. Musuh Bertujuh berlatar belakang Greek Kuno/ Yunan 250 tahun sebelum Masihi,” katanya.

Barisan pelakon terbabit dalam teater ini ialah Muhamad Aizzat Fiqrie Ahmad Shapingi, Mohd Fadhli Masoot, Nur Fardiana Muhammad, Nur Raihana Nadhrah Rizal, Fatin Wafiy Daud, Norhazuwan­a Mohd Kambri, Mohd Shahrul Mizad Ashari, Fatin Farhana Che Rani, Nor Naziera Alia Raduan, Redzuan Mohd Fauzi,

Abi Madyan Mohd Fakir, Ahmad Ihtisyammu­l

Haqq Ishak, Muhamad Syafiq Aiman Hamzah, Muhamad Aizzat Fiqrie Ahmad Shapingi, Mohd Syrul Ezwan Zamari dan Mohd Azrul Amri Abdul Rahman.

 ??  ?? BARISAN pelakon Musuh Bertujuh yang terdiri daripada pelajar Ijazah Teater Tahun
2 dan Pelajar Diploma Teater Tahun 3.
BARISAN pelakon Musuh Bertujuh yang terdiri daripada pelajar Ijazah Teater Tahun 2 dan Pelajar Diploma Teater Tahun 3.
 ??  ?? AHMAD Yatim memberi tunjuk ajar kepada dua pelakon teater ini.
AHMAD Yatim memberi tunjuk ajar kepada dua pelakon teater ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia