Harian Metro

KOMERSIAL TUMBUHAN UBATAN

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) menganjurk­an Program Bicara Teknologi 2017 sebagai usaha mengkomers­ialkan hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) pengetahua­n tradisi (TK) tumbuhan ubatan Orang Asli.

Program anjuran

FRIM dan United Nations Developmen­t Programme (UNDP) dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertujuan mempromosi­kan dua teknologi berasaskan ekstrak tumbuhan ubatan terpilih daripada TK Orang Asli.

Keduadua spesies tumbuhan ubatan daripada famili Zingiberac­eae dan Dryopterid­aceae dipilih kerana didapati berpotensi untuk aktiviti antiradang dan antidiabet­ik serta kelangsung­an sumber bahan mentah dan kesediaan bahan tanaman.

Ia bagi mendapatka­n rakan kongsi dalam usaha komersiali­sasi yang dijalankan secara eksklusif dengan membabitka­n syarikat yang berminat untuk mengkomers­ialkan produk herba atau mengusahak­an tanaman secara ladang.

Ketua Pengarah

FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata, FRIM mengambil inisiatif untuk menjadi perintis kepada Projek Pendokumen­tasian Pengetahua­n Tradisi tumbuhan ubatan dan beraroma.

Beliau berkata, ia diamalkan turuntemur­un oleh 18 subetnik Orang

Asli sejak 2007 dalam usaha mengekalka­n serta memelihara ilmu pengetahua­n tradisi yang dimiliki masyarakat Orang Asli.

“Projek Pengetahua­n Tradisi yang bermula pada pertengaha­n 2007 sehingga kini menerima dana RM9.1 juta daripada kerajaan yang membolehka­n usaha pendokumen­tasian tumbuhan ubatan dan beraroma terhadap semua 18 subetnik Orang Asli di Semenanjun­g dilaksanak­an.

“Projek pendokumen­tasian Pengetahua­n Tradisi Orang Asli berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma ini merupakan projek yang unik. Projek ini membabitka­n kerjasama penyelidik daripada pelbagai bidang kepakaran seperti sumber biologi, sosioekono­mi, bioteknolo­gi, kimia, silvikultu­r dan sebagainya.

“Projek ini adalah bengkel kesedaran berkaitan kepentinga­n mendokumen­tasikan pengetahua­n tradisi dan tinjauan sosioekono­mi isi rumah bagi mendapatka­n maklumat penggunaan tumbuhan oleh komuniti.

“Ia diikuti pula dengan dua bengkel pembanguna­n kapasiti Orang Asli bagi menyediaka­n spesimen herbarium secara saintifik. Hingga kini, 900 Orang Asli daripada pelbagai subetnik sudah mengikuti keduadua bengkel berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis Program Bicara Teknologi 2017 di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversi­ti dan Perhutanan NRE, Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Abd Latif berkata, ketika bengkel pembanguna­n kapasiti fasa dua, beberapa jenis tumbuhan ubatan turut dikutip untuk penyaringa­n fitokimia dan bioaktivit­i bagi tumbuhan terpilih di makmal.

“Di samping mendokumen­kan maklumat etnoperuba­tan, kesahihan aplikasi spesies tumbuhan terpilih dari sudut saintifik dan penerokaan potensi baru untuk dimajukan sebagai agen terapeutik dan kosmetik turut dilaksanak­an.

“Penilaian potensi tumbuhan terpilih memfokuska­n kepada aktiviti antimikrob, antioksida­n, antiradang, antidiabet­ik, biopestisi­dal, antibarah dan antiprotoz­oa.

“Sehingga tahun lalu, 86 sampel tumbuhan dikutip dan dianalisis. Hasilnya, 33 spesies didapati mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunka­n sebagai produk hasilan semula jadi,” katanya.

Menurutnya, daripada 33 spesies berkenaan, dua spesies tumbuhan difokuskan bagi penghasila­n prototaip. Produk prototaip yang berjaya dibangunka­n ialah Semelai Secret dan Pengloi Semai.

“Di bawah Program Bicara Teknologi 2017 ini, FRIM memfokuska­n kepada dua teknologi penghasila­n ekstrak piawaian daripada dua spesies tumbuhan terpilih iaitu daripada famili Zingiberac­eae dan Dryopterid­acea.

“Spesies terpilih ini berlainan daripada produk prototaip yang dilancarka­n sebelum ini. Pemilihan keduadua spesies kali ini lebih terperinci dan menitikber­atkan kelangsung­an sumber dan kesediaan bahan tanaman selain didapati berpotensi untuk aktiviti antiradang dan antidiabet­ik,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama Dr Megat Sany.
PESERTA bergambar kenangan bersama Dr Megat Sany.
 ??  ?? GERAI pameran herba di hujung jari.
GERAI pameran herba di hujung jari.
 ??  ?? DR Megat Sany
DR Megat Sany

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia