Harian Metro

SENI pokok kepal

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Kokedama dari Jepun mulai popular di negara ini

Tanaman hiasan sesuai ditanam dalam pasu untuk mencantikk­an rumah. Hakikatnya pelbagai teknik lain boleh dipraktikk­an seperti seni bonsai Jepun atau kokedama untuk tanaman di dalam pasu.

Kokedama jika diterjemah­kan bermaksud ‘koke’ iaitu lumut dan ‘dama’ pula bermakna bulat dengan bahasa mudahnya bebola lumut atau seni pokok kepal.

Melalui teknik ini, akar pokok dibalut dengan media tanaman kemudian dilitupi lumut sebelum diikat menggunaka­n tali dan mengubahny­a menjadi bentuk arca.

Kokedama boleh dijadikan tanaman hiasan secara gantung atau diletakkan pada bekas termasuk barangan terpakai seperti tempurung dan sabut kelapa.

Pegawai Pertanian

Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM), Ainul Mardhiyyah Mohamed Ghazali berkata, konsep seni dari Jepun itu sudah lama ada namun kini baru diketengah­kan di negara ini.

Menurutnya, kokedama semakin digemari terutama peminat tanaman hiasan kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah menjimatka­n kos kerana boleh menggunaka­n barangan terpakai selain sesuai dijadikan aktiviti keluarga.

“Bahan yang diperlukan hanyalah tanah campuran, spaghnum atau lumut hijau, pokok hiasan, air, tali, gunting dan gunting pertanian.

“Pokok yang sesuai daripada jenis yang kecil dan hanya memerlukan penjagaan minimum antaranya english ivy (hedera helix), paku pakis (asplenium sp), pothos sp dan parlor palm,” katanya ketika ditemui pada Program Klinik Pertanian Daerah Batang Padang di Arena Merdeka, Tapah, Perak, baru-baru ini.

Ainul Mardhiyyah berkata, untuk menghasilk­an pokok kepal ini, lumut perlu direndam supaya menyerap air dan tanah campuran juga digaul dengan air sehingga tanah berbentuk bulat.

“Pokok hiasan disediakan dengan membersihk­an akar daripada tanah dan akarnya dipotong sedikit untuk memudahkan cantuman dengan tanah.

“Tekapkan tanah pada akar pokok dan bentukkann­ya menjadi bulat, kemudian balut bahagian ini dengan lumut yang diperah hingga menutupi keseluruha­n tanah yang sudah dibulatkan,” katanya.

Menurutnya, akhir sekali tanah yang sudah dikepal dengan lumut itu perlu dililit dengan tali hingga kemas.

“Kokedama hanya memerlukan penjagaan minimum, disiram empat hari sekali secara semburan air halus pada lumut yang membalut tanah atau merendam seketika bebola ke dalam air serta air lebihannya diperah.

“Pembajaan pula boleh menggunaka­n baja semburan dan pencahayaa­n bergantung kepada jenis pokok hiasan yang digunakan,” katanya.

 ??  ?? AINUL Mardhiyyah menunjukka­n cara membuat kokedama atau pokok kepal.
AINUL Mardhiyyah menunjukka­n cara membuat kokedama atau pokok kepal.
 ??  ?? TANAH dikepal menjadi bentuk bulat atau ‘dama’.
TANAH dikepal menjadi bentuk bulat atau ‘dama’.
 ??  ?? KOKEDAMA yang sudah siap dililit dengan tali.
KOKEDAMA yang sudah siap dililit dengan tali.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia