Harian Metro

Cungkil bakat inovasi

-

Yaakob berkata, kunci kepada keberhasil­an inovasi atau kreativiti bertaraf tinggi sangat bergantung kepada cara ‘mereka’ memandang rakyat, pelanggan atau pihak berkepenti­ngan dengan pendekatan lebih luas dengan bergerak daripada pemikiran di luar kotak.

Beliau berkata, setiap warga RISDA seharusnya dipandang sebagai aset penting yang perlu diberi kefahaman berkenaan semua strategi baru supaya badan itu sentiasa di hadapan.

“Pengurusan tertinggi perlu lebih bertanggun­gjawab untuk menjadikan strategi baru sebagai suatu keperluan sekiranya mahu minda inovasi dan kreativiti ini dilahirkan.

“Dalam hal mengekalka­n kejayaan pula, kita sering kali lupa bahawa selain menumpukan kebolehan bercakap atau memberi pendapat, kita juga harus menjadi individu yang pandai menyoal serta menerima pandangan orang lain walaupun berkhidmat dalam sebuah kementeria­n, jabatan atau agensi yang memiliki kuasa.

“Sering kali sikap malu atau ego memungkink­an pengabaian kebijaksan­aan kita untuk bertanya hingga akhirnya menyebabka­n maklumat, kreativiti atau inovasi terhalang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Hari Inovasi RISDA 2017 di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur, barubaru ini. Turut hadir, Pengerusi RIS DA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.

Ismail Sabri berkata, untuk RISDA terus unggul dan mendahului, ia perlu disokong individu yang memiliki kepelbagai­an kebijaksan­aan selain kecerdasan intelektua­l (IQ).

“Oleh itu, saya ingin menyaranka­n supaya RISDA dapat meluaskan skop kreativiti dan inovasi celik akal di luar persekitar­an kerja operasi harian yang biasa dilakukan bagi menghasilk­an kepelbagai­an inovasi pada tahun hadapan.

“Skop idea kreatif dan inovasi boleh diperluask­an dalam aspek pengiraan sesuatu, linguistik, ruang pejabat, muzik, interperso­nal, mengawal diri dan personal, alam sekitar atau spiritual tanpa terikat kepada skop tugas yang diamalkan seharian.

“Ini supaya potensi pelaksanaa­nnya meluas signifikan­nya serta dapat memberi impak yang tinggi kepada perkhidmat­an awam dan negara,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL Sabri melihat alat ‘Ring Guard’ yang menghalang air hujan membasahi pokok getah antara inovasi ketika melawat gerai pameran
sempena Hari Inovasi RISDA 2017.
ISMAIL Sabri melihat alat ‘Ring Guard’ yang menghalang air hujan membasahi pokok getah antara inovasi ketika melawat gerai pameran sempena Hari Inovasi RISDA 2017.
 ??  ?? PEMENANG bergambar kenangan bersama Ismail Sabri.
PEMENANG bergambar kenangan bersama Ismail Sabri.
 ??  ?? ISMAIL Sabri menyempurn­akan majlis Hari Inovasi RISDA 2017 sambil diperhatik­an Zahidi (kiri), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Korporat, Abdullah Zainal (kanan) serta Timbalan
Ketua Pengarah Pembanguna­n, Nasarudin Malek.
ISMAIL Sabri menyempurn­akan majlis Hari Inovasi RISDA 2017 sambil diperhatik­an Zahidi (kiri), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Korporat, Abdullah Zainal (kanan) serta Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna­n, Nasarudin Malek.
 ??  ?? WAKIL Risda Negeri Johor, Damanhuri Toha menerima Anugerah Perdana daripada Ismail Sabri.
WAKIL Risda Negeri Johor, Damanhuri Toha menerima Anugerah Perdana daripada Ismail Sabri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia