Harian Metro

Bertani sekitar rumah

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin rencana@hmetro.com.my

Pensyarah UUM manfaat teknik akuaponik untuk tanam sayur dan ternak ikan

Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) bijak menggunaka­n kawasan laman rumahnya yang terhad di Taman Tunku Sarina, Kubang Pasu untuk menanam sayursayur­an menggunaka­n teknik moden, akuaponik.

Pensyarah Pusat

Sains Kuantitati­f UUM, Dr Muhammad Mat

Yusoff berkata, beliau mengaplika­sikan konsep akuaponik yang menggabung­kan kombinasi akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (tanaman tanpa tanah) di sekeliling kawasan rumahnya.

Menurutnya, minat bercucuk tanam bermula apabila dia pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah di Manchester, United Kingdom pada 2012.

“Saya mula menanam sayur-sayuran di atas tanah di tepi rumah, tetapi ia sukar hidup kerana tanah yang kurang subur dan serangan makhluk perosak seperti siput babi menyebabka­n saya cuba alternatif lain untuk berkebun.

“Menerusi carian di Internet, saya menemui video di YouTube dari luar negara yang memaparkan tanaman berkonsepk­an akuaponik ini.

“Tanpa berlengah saya meneliti kaedah penanaman itu dan dengan modal permulaan hampir RM1,000, saya membuat sendiri set kolam takungan dan sistem pengairan dan berjaya menghasilk­an set akuaponik yang pertama.

“Kini saya memiliki lapan kolam untuk menternak pelbagai jenis ikan air tawar seperti tilapia merah dan hitam, baung, keli dan patin selain tanaman seperti terung, pudina dan kacang bendi,” kata bapa kepada enam anak ini ketika ditemui di kediamanny­a di Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

Dr Muhammad berkata, dia juga menternak udang kara air tawar dan berjaya membiakkan sehingga 30 ekor hasil daripada tiga induk yang dibelinya, awal tahun ini.

Katanya, konsep akuaponik mempunyai banyak kelebihan terutama kepada mereka yang sibuk dengan kerjaya kerana ia tidak perlu disiram dan dibaja apabila mendapat nutrisi daripada air kolam dan tidak dipengaruh­i keadaan cuaca semasa.

“Tahun lalu cuaca pernah mencecah sehingga 37 darjah Celsius ketika musim kemarau, tetapi alhamdulli­lah, tanaman masih segar dan menghijau,” katanya.

Beliau berkata, akuaponik hanya memerlukan beberapa peralatan terutama kolam mengikut saiz yang diingini, sistem paip dan pasu bunga serta pam air yang disediakan mengikut kreativiti sendiri asalkan berlaku kitaran air antara kolam dan tanaman.

Katanya, tanah liat mengembang (leca) digunakan sebagai medium tanaman menggantik­an tanah kerana mampu menstabilk­an pH air yang diperlukan ikan selain boleh digunakan dalam tempoh yang lama walaupun harganya agak mahal.

Dr Muhammad yang disokong isterinya,

Dr Nor Intan Saniah Sulaiman, 38, yang juga pensyarah kanan UUM, tidak berniat menjual hasil akuaponikn­ya. Ia hanya untuk kegunaan mereka sekeluarga selain memberikan­nya kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka.

Beliau juga amat menggalakk­an orang ramai terutama yang tinggal di taman perumahan mencuba pertanian konsep itu kerana ia menjimatka­n perbelanja­an dan boleh menambah sumber pendapatan.

 ??  ?? DR Muhammad meneliti buah terung yang ditanam melalui konsep akuaponik.
DR Muhammad meneliti buah terung yang ditanam melalui konsep akuaponik.
 ??  ?? DR Muhammad menunjukka­n ikan patin yang diternakny­a.
DR Muhammad menunjukka­n ikan patin yang diternakny­a.
 ??  ?? SEBAHAGIAN udang kara yang diternak menggunaka­n konsep akuaponik.
SEBAHAGIAN udang kara yang diternak menggunaka­n konsep akuaponik.
 ??  ?? DR Muhammad menggunaka­n leca sebagai medium tanaman.
DR Muhammad menggunaka­n leca sebagai medium tanaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia