Harian Metro

IMAGINASI KEPADA REALITI

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Azizul Hakim cabar diri ubah suai replika kereta kebal sama seperti dalam filem aksi

Minat menonton filem aksi akhirnya menjadikan Azizul Hakim Abd Karim, 26, terjebak dengan hobi mengumpul replika mainan kereta kebal sejak tiga tahun lalu.

Katanya, minat itu juga mendorongn­ya untuk mengubah suai replika kereta kebal menjadi seperti disaksikan di dalam filem.

Azizul Hakim berkata, hobi itu cukup menyeronok­kan kerana memberinya peluang untuk mengekspre­sikan idea dan kreativiti­nya lebih daripada sekadar berimagina­si.

“Pada awalnya, saya lebih cenderung mengumpul dan mengubah suai kereta mainan Hot Wheels namun beralih kepada replika kereta kebal kerana melihatnya lebih mencabar untuk dihasilkan.

“Ternyata ia memang menyeronok­kan, lebih-lebih lagi apabila saya dapat memasang dan mengubah suai replika kereta kebal mengikut kreativiti sendiri.

“Lebih menarik apabila saya dapat mengubahsu­ainya berpanduka­n filem aksi yang ditonton,” katanya.

Menurut Azizul Hakim, selain menguji minda, hobi itu juga memberinya kepuasan dari segi lain, salah satunya peluang menyertai acara yang berkaitan dengannya.

Katanya, penyertaan dalam acara itu sekali gus membolehka­nnya bergaul dengan komuniti dan peminat hobi berkenaan.

“Saya suka turut serta dengan aktiviti dan acara berkaitan kerana tahu wujud komuniti yang terdiri daripada peminat hobi ini.

“Menariknya, komuniti ini agak aktif di negara ini dan tidak rugi berkenalan dengan mereka kerana banyak maklumat berguna yang diperoleh.

“Semakin lama saya menceburi hobi ini, semakin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia