Harian Metro

PENYERI FESKUM 2017

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Tarian Sumazau, pertunjuka­n silat dan boria gamatkan Malam Kebudayaan di UM

Sempena Festival Konvokesye­n Universiti Malaya (FESKUM) 2017 di Dataran Canseleri UM, barubaru ini, program sampingan berbentuk kebudayaan dianjurkan bagi memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa serta graduan mengenai kepelbagai­an budaya di negara ini.

Menariknya, program dikenali Malam Kebudayaan itu dijayakan sepenuhnya oleh mahasiswa UM yang mempamerka­n persembaha­n mewakili semua etnik di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengarah Program merangkap penuntut tahun kedua Pusat Kebudayaan UM, Leelhani Yuneska

Abd Karim berkata, antara persembaha­n yang diadakan termasukla­h Tarian Sumazau, pertunjuka­n silat gayong, boria, Tarian Singa dan nyanyian irama Melayu Asli.

“Seramai 10 mahasiswa UM yang juga ahli

Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMASA) turut serta dalam persembaha­n Tarian Sumazau sempena program berkenaan.

“Tarian Sumazau dipilih kerana ia cukup popular dan mampu ditarikan mengikut rentak semua lagu tempatan Sabah hingga menjadikan­nya tarian yang boleh mewakili keseluruha­n seni persembaha­n etnik di negeri itu.

“Ternyata, hadirin terhibur dan turut sama menari di atas pentas. Diharap ia dapat menarik perhatian tetamu yang hadir untuk memahami unsur kesenian dari Sabah selain menguatkan semangat dan jati diri penuntut terbabit,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun pertama Akademi Pengajian Melayu UM, Mohd Amir Iqmal Kassim, 21, berkata, dia gembira terpilih menjadi salah seorang penari yang membuat persembaha­n dalam acara berkenaan.

“Tarian ini mempunyai keunikanny­a yang tersendiri dan tidak salah mengatakan ia adalah lambang kebanggaan semua etnik di Sabah.

”Harapan saya supaya program seperti ini membantu dalam memperkena­lkan lagi tarian Sumazau khasnya kepada generasi muda,” katanya.

Penuntut tahun kedua Pusat Kebudayaan UM,

Nurul Haffizah Shukor, 21, pula berharap seni Tarian Sumazau terus kekal menjadi warisan seni di negara ini.

“Golongan muda harus mengenali dan mempelajar­i tarian ini kerana ia salah satu kesenian yang perlu dibanggaka­n.

“Saya berharap seni warisan ini tidak akan tenggelam meskipun dengan kehadiran gelombang muzik dan tarian lebih moden,” katanya.

Penuntut tahun kedua Fakulti Sains UM, Besek Mariam Jahis, 20, berkata, dia kagum dengan keindahan Tarian Sumazau dan elemen lain kebudayaan yang dipersemba­hkan pada acara berkenaan.

“Saya memang meminati tarian tradisiona­l dan tidak sangka Tarian Sumazau sangat mudah untuk dipelajari.

“Sebab itu saya tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menari di atas pentas bersama-sama penonton dan penari yang lain,” katanya.

 ??  ?? TARIAN Sumazau yang lembut dan mengasyikk­an.
TARIAN Sumazau yang lembut dan mengasyikk­an.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N boria menghiburk­an tetamu program Malam Kebudayaan.
PERSEMBAHA­N boria menghiburk­an tetamu program Malam Kebudayaan.
 ??  ?? NYANYIAN irama Melayu Asli memukau hadirin.
NYANYIAN irama Melayu Asli memukau hadirin.
 ??  ?? PENONTON bersama-sama menari Tarian Sumazau di atas pentas.
PENONTON bersama-sama menari Tarian Sumazau di atas pentas.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N silat gayong turut diadakan.
PERSEMBAHA­N silat gayong turut diadakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia