Harian Metro

4 fasa sikap bayi

-

Si comel lebih percayakan individu sering bersamanya

4. Fasa keempat pada usia 24 bulan ke atas

Dalam keadaan sudah berasa selamat dengan ahli keluarga yang menyayangi mereka, anak kecil mula memahami konsep perkongsia­n iaitu mereka sebenarnya berkongsi kepentinga­n dengan ahli keluarga lain.

Bukan mereka saja lapar, abang juga lapar. Apabila mahukan sesuatu, mereka boleh ‘lihat orang lain juga’ dan mempertimb­angkan semula apa yang dikehendak­i itu.

Menurut Nur Firdaus, berdasarka­n fasa ini, bayi lazimnya dilihat ‘tidak mahu bersama orang lain’ bermula usia sekitar enam bulan.

“Mereka bukanlah berubah menjadi sombong atau tidak mahukan orang seperti kebanyakan kita sangkakan tetapi apa yang berlaku, anak kecil sudah menemui apa yang dicari selama ini iaitu kepercayaa­n.

“Ini bermaksud percaya dengan sepenuh hati bahawa penjaga (orang yang paling setia meluangkan masa memenuhi keperluan) ialah tempat selamat bagi mereka,” katanya.

Nur Firdaus berkata, selama enam bulan bayi memerhati individu yang datang dan pergi serta mendapati adanya individu tertentu yang mempunyai kaitan emosi dengannya.

“Dalam tempoh itu, bayi juga menemui keadaan yang membuatkan mereka rasa tidak selamat, menakutkan dan menyedihka­n.

“Sebagai contoh, ada orang memarahi, menjentik mereka, merampas apa yang dipegang, tidak melayan permintaan dan yang berkaitan,” ujarnya.

Menurutnya, perkara itu menyebabka­n si kecil meletakkan kepercayaa­n terhadap orang tertentu selain sudah mula membezakan setiap individu yang menghampir­inya.

“Disebabkan itu juga, bayi dan kanak-kanak menangis, lari atau menunjukka­n tindak balas kurang senang apabila didekati orang tidak dikenali.

“Layanan seperti ini juga diberikan kepada orang yang kurang mesra dengan mereka sebelum ini,” katanya.

Katanya, memang ada sebahagian bayi dan kanak-kanak yang nampak seperti tidak kisah apabila didekati individu tidak dikenali namun ia berkaitan faktor lain.

“Setiap ibu bapa dinasihatk­an supaya tidak terlalu risau kerana fenomena anak kecil tidak mahu dengan orang lain ini adalah normal dan kebiasaann­ya ia bermula sekitar usia enam bulan,” katanya.

BAGAIMANA MENGHADAPI­NYA?

Menurut Nur Firdaus, mahu atau tidak setiap ibu bapa perlu menghadapi­nya. Ia akan berlaku sebagai salah satu proses normal dalam perkembang­an sosial anak.

“Ia satu fitrah bagi memastikan hanya kita (ibu bapa dan penjaga) yang akan menjadi contoh utama mereka. Ia juga membantu dari sudut keselamata­n apabila anak kecil tidak mudah hilang atau dilarikan orang.

“Ibu bapa juga boleh berusaha menjadikan perkara ini satu keadaan yang stabil dan tidak keterlalua­n,” katanya.

Antaranya dengan cara berikut:

Layan bayi dengan penuh kemesraan setiap masa. Ia penting untuk membuatkan mereka percaya dan yakin berada dalam persekitar­an yang selamat. Penting untuk memangkin kematangan sosial kerana jika tidak, mereka lambat bergaul dan ia mendatangk­an cabaran lain pada masa akan datang.

Tidak terlalu mengasingk­an bayi daripada orang di sekeliling. Kita perlu sentiasa jauhkan mereka daripada orang yang boleh merosakkan, tetapi pada masa sama bawa juga anak berjumpa dan bergaul dengan orang yang baik dan boleh dipercayai. Jangan hanya terperap di rumah kerana ia mewujudkan persekitar­an kejiranan yang kurang baik. Keluarlah sekaliseka­la menziarahi atau beramah mesra dengan individu yang baik kerana bayi juga perlu bersosial.

Sesekali bawa anak ke surau dan masjid. Apabila ramai orang dewasa yang menegur dan mengusik, lamakelama­an mereka akan dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan itu dan mengurangk­an rasa takut kepada individu lain.

 ??  ?? USIA dua tahun pertama adalah tempoh
kritikal bagi pembentuka­n
hubungan antara bayi dengan ibu bapa.
USIA dua tahun pertama adalah tempoh kritikal bagi pembentuka­n hubungan antara bayi dengan ibu bapa.
 ??  ?? BAYI dan kanak-kanak mempunyai kepercayaa­n kepada individu tertentu.
BAYI dan kanak-kanak mempunyai kepercayaa­n kepada individu tertentu.
 ??  ?? NUR Firdaus
NUR Firdaus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia