Harian Metro

Minat bertukar kerjaya

-

Menurut Nur

Fakhira, tiga hidangan disediakan­nya pada pertanding­an akhir itu iaitu udang kari kering, masak lemak tempoyak ayam dan ayam kicap Szechuan berjaya menarik minat juri, sekali gus membolehka­nnya membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej umrah untuk dua individu bernilai RM25,000 dan hamper produk.

“Saya memang minat memasak dan ia sudah sebati dalam kehidupan harian saya. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah diajar memasak oleh nenek dan ibu yang menjadi dua guru terawal saya dalam bidang masakan.

“Ketika di tingkatan empat dan lima, saya mengambil jurusan katering yang menjadikan saya semakin meminati

Nur Fakhira buka kafe bersama adik dan ayah

bidang ini. Saya bertekad untuk berkecimpu­ng dalam bidang masakan apabila tamat pengajian dan syukur impian itu termakbul. Kini saya mengusahak­an kedai makanan iaitu Kudapkudap Cafe di Kuantan, Pahang bersama adik dan ayah,” katanya.

Nur Fakhira berkata, dia sekadar mencuba nasib menyertai pertanding­an memasak itu namun apabila terpilih ke peringkat akhir, dia tidak terkecuali untuk membuat persediaan rapi bagi membolehka­nnya bersaing dengan 19 peserta lain.

“Semangat diberikan semua ahli keluarga dan suami yang turut datang membuatkan saya berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengecewak­an mereka terutama ayah yang menyediaka­n bekas hidangan menggunaka­n kayu hasil kerja tangannya bagi mengisi sajian pada pertanding­an akhir ini.

“Tiada kata yang dapat menggambar­kan perasaan saya sebaik diumumkan sebagai juara selain memanjatka­n kesyukuran atas kemenangan ini. Saya memang berniat untuk menghadiah­kan pakej umrah ini kepada ibu dan ayah sekiranya saya menang dan syukur impian saya termakbul. Saya dan suami juga bercadang untuk mengerjaka­n umrah bersama ibu dan ayah nanti,” ujarnya ketika ditemui pada Cabaran

Raja Kuah Knorr 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, baru-baru ini.

Sementara itu,

Pengarah Urusan Unilever Food Solutions (UFS), Nusrat Perveen berkata, pertanding­an tahun ini mencari hidangan berkuah Melayu paling lazat dan memberi pengiktira­fan kepada peserta yang berjaya menampilka­n kreativiti dan cita rasa terbaik.

“Kali ini penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan ia sungguh mudah iaitu dengan menampilka­n tiga resipi hidangan berkuah menggunaka­n Stok Ayam Knorr. Seramai 20 peserta dipilih untuk berentap pada pertanding­an akhir ini juga dengan cabaran menyediaka­n tiga hidangan berkuah.

“Sambutan diterima amat menggalakk­an dan kami bangga kerana berjaya menganjurk­an pertanding­an memilih

Raja Kuah Knorr 2017,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan terus berusaha berkongsi kepakaran dan melakukan inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk setiap pelanggan setia.

- Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? NUR Fakhira bersama ayahnya, Mohd Rosli Sulaiman ketika diumumkan sebagai juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.
NUR Fakhira bersama ayahnya, Mohd Rosli Sulaiman ketika diumumkan sebagai juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.
 ??  ?? NUR Fakhira (dua dari kanan) bersama pemenang tempat kedua dan penganjur Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.
NUR Fakhira (dua dari kanan) bersama pemenang tempat kedua dan penganjur Cabaran Raja Kuah Knorr 2017.
 ??  ?? JURI sedang membuat penilaian.
JURI sedang membuat penilaian.
 ??  ?? TIGA masakan Nur Fakhira yang berjaya menambat hati juri.
TIGA masakan Nur Fakhira yang berjaya menambat hati juri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia