Harian Metro

Warisi sikap murni bapa

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Di sebalik kejayaan setiap individu tersemat semangat luar biasa dan keikhlasan tanpa mengharapk­an balasan yang menjadi pemangkin semangat untuk lebih berusaha dalam merealisas­ikan setiap keinginan.

Pada masa sama, sokongan dan semangat yang diberikan insan tersayang antaranya keluarga dan rakan terdekat turut membantu dalam mengecapi kejayaan dengan lebih mudah.

Fernleaf yang juga jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand menggalakk­an rakyat negara ini berusaha mengejar impian dengan berpegang kepada sokongan serta semangat yang diberikan insan tersayang.

Dr S Madhusudha­n, 35, mengikut kata hatinya untuk terus berbakti membantu golongan memerlukan tanpa menghirauk­an tanggapan negatif masyarakat demi memastikan golongan gelandanga­n dan miskin bandar dapat menerima rawatan perubatan percuma.

Sesuai dengan gelarannya iaitu ‘Doktor Teddy

Bear’, Dr Madhusudha­n yang mempunyai personalit­i menarik dan berkeperib­adian tinggi, peramah dan mudah tersenyum sering menyambut pesakitnya dengan penuh semangat.

Kedatangan­nya sentiasa dinanti-nantikan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur bersama Klinik Bergerak Teddy. Setiap Rabu bermula petang hingga malam, Dr Madhusudha­n memberikan rawatan perubatan percuma kepada golongan gelandanga­n dan miskin bandar.

Dalam sehari, dia dan pasukannya merawat kirakira 30 hingga 40 pesakit yang kebanyakan­nya sudah menjadi seperti keluargany­a sendiri.

Pada hari lain, Klinik Bergerak Teddy juga memberi perkhidmat­an kepada golongan pelarian, komuniti Orang Asli, penghuni rumah pangsa kos rendah, rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah untuk orang kurang upaya.

Kos operasi adalah daripada poket Dr Madhusudha­n sendiri dan kini klinik bergerak ini banyak bergantung kepada sumbangan derma.

Menurut Dr Madhusudha­n, dia tidak terkecuali berdepan dengan dugaan dalam melakukan kerja amalnya itu.

 ??  ?? DR Madhusudha­n
memberikan rawatan percuma kepada golongan
memerlukan.
DR Madhusudha­n memberikan rawatan percuma kepada golongan memerlukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia