Harian Metro

Riang menjamu selera

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Pelbagai hidangan lazat untuk raikan sambutan Krismas

Disember adalah masa terbaik untuk perayaan dan pesta! Kumpulkan kawan baik, keluarga dan rakan sekerja untuk menyambut Krismas dengan persekitar­an riang gembira di Cinnamon Coffee House, Hotel One World, Petaling Jaya.

Krismas juga adalah saat paling sesuai untuk mencintai, menjaga dan berkongsi kegembiraa­n dengan menikmati hidangan lazat.

Pilihan hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut disediakan untuk pengunjung yang mencari pengalaman terhebat menikmati makanan bufet yang merangkumi pelbagai hidangan lazat.

Senyuman pasti terukir di wajah apabila menikmati hidangan ayam piru panggang madu dan herba bakar, strip loin panggang herba, ayam dan waffle sliders dengan beri, udang grit frittata, kentang dan daging lembu brisket.

Pelbagai jenis hidangan pencuci mulut pasti melengkapk­an menu perayaan anda.

Untuk menambah keseronoka­n perayaan ini, Santa Claus akan membuat penampilan khas untuk menghiburk­an pelanggan.

Promosi hebat ini boleh dinikmati pada 24 dan 25 Disember bermula jam

6.30 petang hingga 10.30 malam pada harga RM158 bagi dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Hidangan minum petang Krismas boleh dinikmati pada 25 Disember bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang pada harga

RM118 untuk dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

 ??  ?? HIDANGAN lazat sempena Krismas di Hotel One World.
HIDANGAN lazat sempena Krismas di Hotel One World.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia