Harian Metro

Chicken Cheesy Bites menggoda

-

Lazat dan menyelerak­an! Pizza Hut yang juga rangkaian piza terbaik Malaysia kembali menghangat­kan hujung tahun ini dengan menu terbarunya, Chicken Cheesy Bites yang diyakini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia.

Berbekalka­n 18 kerak piza penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju, menjadikan ia antara pilihan piza paling lazat untuk dinikmati seisi keluarga.

Slogan ‘Lebih Keju, Lebih Banyak Cara Makan, Lebih Menyeronok­kan, piza ini bukan saja satu hidangan lazat tetapi mampu menggembir­akan hati semua ketika menikmati hidangan lazat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merril Pereyra berkata, pihaknya mengembali­kan piza Chicken Cheesy Bites dengan sentuhan baru yang lebih menyelerak­an.

“Kami mahu berikan pengalaman menyeronok­kan dan peluang bergembira serta berkongsi senyuman dalam menikmati hidangan baru ini.

“Kami turut memperkena­lkan tambahan terbaru bersama piza ini iaitu Cheesy Dip iaitu sos keju pekat dan berkrim untuk memberi pengalaman lebih hebat,” katanya.

Menurutnya, piza Chicken Cheesy Bites ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa manakala pilihan kombo boleh didapati melalui penghantar­an, bawa pulang atau makan di restoran.

Pizza Hut turut menawarkan kombo untuk dua atau empat dengan harga RM37.90 atau RM69.90 setiap satu. Kombo Chicken Cheesy Bites untuk dua orang menampilka­n piza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, dua minuman dan satu hidangan pembuka selera manakala kombo bagi empat orang menawarkan tambahan satu piza bersaiz biasa yang datang dengan empat sup krim cendawan, empat minuman, empat hidangan ais krim dan dua hidangan pembuka selera.

 ??  ?? PIZA terbaru, Chicken Cheesy
Bites.
PIZA terbaru, Chicken Cheesy Bites.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia