Harian Metro

Kongsi kerja rumah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Sikap bekerjasam­a eratkan lagi hubungan suami dan isteri

Sehebat mana pun wanita bergelar isteri pastinya mengharapk­an bantuan dan kerjasama suami terutama dalam menguruska­n hal ehwal rumah tangga.

Mana tidaknya, kebanyakan wanita kini turut bersama-sama mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga, sekali gus meringanka­n bebanan suami selaku ketua rumah tangga.

Apabila kedua-dua pasangan keluar bekerja, soal pembahagia­n tugas perlu dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan hubungan terbina dapat berkekalan dan tidak terlalu membebanka­n si isteri.

Jika pembahagia­n tugas tidak dilakukan dengan adil, ia akan merosakkan keharmonia­n kekeluarga­an yang terbina terutama apabila si isteri terlalu banyak memendam rasa.

Pakar motivasi,

Dr HM Tuah Iskandar berkata, rata-rata wanita menunjukka­n mereka mengharapk­an suami turut membantu dalam melaksanak­an tugas di rumah termasuk menjaga anak.

Menurutnya, tugas di rumah perlu dilakukan bersama-sama demi mengecapi kebahagiaa­n sebenar dan tanpa ada rasa dendam mahupun terpaksa dalam hati.

“Suami idaman ialah suami yang dapat menenangka­n isterinya dan memahami apa yang tersurat mahupun tersirat di sudut hati isteri.

“Disebabkan itu, jalan terbaik bagi lelaki ialah membantu isteri di mana yang patut, jangan asyik goyang kaki apabila pulang ke rumah dan mengharapk­an isteri menyediaka­n semuanya kerana isteri juga penat bekerja,” ujarnya.

Menurut Mohd Hafiz Zahidi, 30, membantu isteri di rumah antara perkara paling penting dan memainkan peranan terbesar dalam hubungan suami isteri.

“Isteri saya sering kali mengadu penat dan tertekan untuk menguruska­n kerja rumah. Bagi saya ia adalah normal kerana isteri juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada berasa penat dan disebabkan itu saya akan berusaha membantuny­a mengikut kemampuan diri.

“Saya akan mengemas rumah pada hujung minggu seperti menyapu keseluruha­n kawasan dan sesekali saya juga cuba ‘berperang di dapur’ menyediaka­n hidangan kerana soal menjaga anak banyak diuruskan isteri,” katanya.

Menurutnya, dia juga akan pastikan membasuh pinggan dan mangkuk setiap kali selepas makan untuk meringanka­n lagi tugas isteri.

“Ini bukan soal takut kepada isteri tetapi bagi saya ia lebih kepada kerjasama dan tanggungja­wab. Lebih manis untuk kami melakukann­ya bersamasam­a bagi mengelak sebarang masalah yang mungkin boleh terjadi pada kemudian hari.

“Syukur, hubungan kami semakin erat apabila mengamalka­n kerjasama ini dan saya juga akan bertanya kepadanya jika mula mendapati isteri bersikap luar biasa seperti mendiamkan diri,” ujarnya.

Sementara itu, bagi

Nur Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, bantuan diberikan suami dalam menguruska­n rumah tangga dapat meringanka­n bebanan dan menjadikan isteri lebih dihargai.

“Wanita kini banyak tanggungja­wab sama ada di rumah mahupun di tempat kerja dan disebabkan itu juga bantuan suami amat penting bagi merasai maksud sebenar perkahwina­n iaitu perkongsia­n.

“Suami isteri bukan saja perlu berkongsi suka duka, malah perlu berkongsi melakukan tugas tidak kiralah menguruska­n anak atau hal rumah tangga lain,” katanya.

Tambahnya, ia juga dapat mengurangk­an tekanan yang dialami dan menambahka­n kemesraan suami isteri.

“Saya menguruska­n spa dan memberikan perkhidmat­an penjagaan berpantang kepada wanita selepas bersalin. Tugas saya ini memerlukan saya sering berada di luar rumah dan selalu balik lewat.

“Syukur, suami banyak membantu. Dia juga yang menguruska­n anak-anak seperti menghantar dan mengambil mereka dari rumah pengasuh juga sesekali membantu saya memasak dan mengemas rumah,” katanya.

 ??  ?? MOHD Hafiz bersama isteri dan anaknya.
MOHD Hafiz bersama isteri dan anaknya.
 ??  ?? NUR Qamarul Ramdhah bersama suami dan anak-anak.
NUR Qamarul Ramdhah bersama suami dan anak-anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia