Harian Metro

Tak sempat seludup

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Juragan ditahan bersama 38 tong gas LPG, minyak masak dan gula

Hasrat seorang juragan tempatan untuk menyeludup keluar barang kawalan termasuk 38 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran gagal, apabila bot jongkong dinaiki ditahan di perairan Sungai Tongkang, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, suspek berusia 28 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd Nazri Ibrahim berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludup­an barang kawalan di perairan Sungai Tongkang.

Beliau berkata, susulan itu, sebuah bot dikejarkan ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

“Kita kemudian mengesan sebuah bot jongkong dinaiki oleh seorang lelaki dan ia dipercayai menuju ke Sungai Haji Kuning.

“Anggota kita menahan bot itu. Pemeriksaa­n mendapati ada pelbagai barang kawalan termasuk 38 tong LPG, 950 kilogram (kg) minyak masak dan 950 kg gula pasir di dalam bot berkenaan. Ia dipercayai mahu diseludup ke Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan dan semua barangan kawalan itu dirampas sebelum dibawa ke Pangkalan Marin Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarka­n siasatan awal, nilai rampasan termasuk barang kawalan, bot jongkong dan dua enjin sangkut dianggarka­n RM47,110.

“Juragan itu turut ditahan kerana gagal menunjukka­n lesen perniagaan dan sijil kawalan bekalan berhubung barangan yang dibawa di dalam botnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia