Harian Metro

Tak pamer harga

- Durmahyant­y Durming hmkk@hmetro.com.my

 KPDNKK beri amaran kepada 10 peniaga Pasar Rakyat

Seramai 10 peniaga di Pasar Rakyat, di sini, diberi amaran oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Lahad Datu selepas didapati gagal mempamerka­n tanda harga jelas di premis mereka.

Ia selepas sepasukan anggota penguat kuasa KPNDKK Lahad Datu menjalanka­n operasi khas di pasar berkenaan, Selasa lalu.

Ketua Pegawai KPDNKK Lahad Datu, Rino Hisham Abu Bakar berkata, daripada 70 premis diperiksa, 10 daripadany­a gagal mempamerka­n tanda harga yang sepatutnya.

“KPDNKK mengeluark­an amaran awal kepada 10 premis yang gagal mempamerka­n tanda harga sepatutnya. Kami harap peniaga lain mengambil tindakan sewajarnya,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut memberi fokus terhadap penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak, penguatkua­saan tanda harga dan alat timbang serta aduan penjualan minyak paket yang melebihi harga ditetapkan.

“Semasa operasi, kami memastikan peniaga tidak menjual barangan terkawal seperti minyak masak melebihi harga sepatutnya,” katanya.

Rino Hisham berkata, pihaknya terus melakukan pemantauan bagi mengelakka­n pihak tertentu menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan terutama sepanjang musim perayaan Krismas ini.

“Sehubungan

itu,

saya berharap peniaga menjaga etika seperti meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Peniaga juga perlu guna alat timbang tepat dan memiliki lesen menjual barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum,” katanya.

Operasi membabitka­n 65 pegawai daripada KPDNKK, Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Kawasan Keselamata­n Kas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Jabatan Imigresen dan Pasukan Gerakan Am.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNKK melakukan pemeriksaa­n terhadap premis di Pasar Rakyat, Lahad Datu, Selasa lalu.
PEGAWAI KPDNKK melakukan pemeriksaa­n terhadap premis di Pasar Rakyat, Lahad Datu, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia