Harian Metro

TERLASTIK TENGKORAK

 Dua remaja masuk kebun sawit jumpa tengkorak, serpihan tulang manusia

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

Tujuan dua remaja ke kebun sawit di Kampung Staponal, Batu Jong di sini, semalam untuk melastik burung namun bukan unggas itu yang ditemui mereka sebaliknya, tengkorak dan serpihan tulang manusia.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Muhammad

Aiman Hakimi Yusri, 15, dan sepupunya,

Mohammad Nor Azlan

Mohd Shakri, 15, menemui tengkorak dan lapan tulang berselerak di atas tanah, dalam lingkungan

50 meter persegi.

Turut ditemui di lokasi, satu telefon bimbit dan topi.

Muhammad Aiman Hakimi berkata, dia bersama Mohammad Nor

Azlan keluar dari rumah mereka pada jam 9 pagi dan berjalan ke kebun berkenaan yang terletak berhampira­n rumah.

Apabila tiba di lokasi, dia melastik objek menyerupai cendawan, namun batu digunakan pada lastik melantun seperti terkena benda keras.

“Saya pergi lebih dekat dan melihat objek itu tengkorak. Pada mulanya saya ingatkan tengkorak haiwan dan mengambil gambar dengan telefon bimbit.

“Kami kemudian ke rumah ibu saudara yang terletak 100 meter dari lokasi dan menunjukka­n gambar berkenaan.

“Ibu saudara terkejut dan memaklumka­n penemuan itu kepada ayah saya sebelum mereka membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah

Kuala Krai Superinten­dan Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima panggilan penemuan itu pada jam 12 tengah hari.

“Serpihan tulang termasuk tengkorak itu ditemui dua remaja yang melastik burung di kawasan berkenaan dan siasatan awal, kita dapati serpihan tulang itu berselerak dalam lingkungan 50 meter persegi.

“Tengkorak dan tulang itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Rohaiza Mohd Zain, 37, mendakwa tengkorak dan tulang ditemui berkemungk­inan besar milik bapa saudaranya yang gagal ditemui keluarga sejak sebulan lalu.

Katanya, tanggapan itu dibuat berdasarka­n penemuan telefon bimbit dan topi dipercayai milik ahli keluargany­a.

“Saya dapat tahu mengenai penemuan ini menerusi WhatsApp dan segera ke lokasi. Apabila dimaklumka­n mengenai telefon bimbit dan topi, saya syak ia bapa saudara yang lama hilang.

“Ketika kehilangan­nya dulu, kami puas mencari dan menghubung­i telefon bimbitnya namun tidak pernah dapat. Melihat gambar penemuan ini, saya jadi tidak sedap hati dan firasat kuat mengatakan itu dia,” katanya yang tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan lelaki itu.

Menurutnya, laporan tidak dibuat kerana mereka sekeluarga beranggapa­n bapa saudaranya ke Kuala Lumpur dan lelaki itu kerap ke bandar tanpa memberitah­u ahli

keluarga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia