Harian Metro

DIIKAT CUBA CURI BOT

 Remaja cuba curi bot nelayan ditangkap

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Disebabkan mahu mencuri bot fiber milik penduduk, remaja berusia 18 tahun diikat pada pokok oleh penduduk kampung yang menyedari perbuatann­ya di Kampung Jubakar Pantai di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang di bangsal yang menempatka­n bot milik Rahim Yusoff, 54.

Rahim yang juga nelayan berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya 400 meter dari lokasi bangsal.

“Bot saya memang diletakkan dekat bangsal itu untuk mudahkan pergerakan dan saya dimaklumka­n penduduk selepas mereka curiga melihat remaja itu.

“Saya terkejut apabila diberitahu bot mahu dicuri dan segera ke lokasi serta sempat melihat remaja itu cuba memecahkan mangga yang dirantai pada pengikat enjin.

“Dengan bantuan penduduk kampung, kami mengepung dan menangkap remaja itu. Dia diikat pada pokok sebelum polis tiba setengah jam kemudian dan membawanya ke balai,” katanya .

Menurutnya, bot itu sumbangan kerajaan menerusi bantuan e-Kasih dan satu-satunya bot yang digunakan mencari rezeki.

“Syukur saya kunci dengan baik. Jika tidak, lesaplah dan susah saya hendak cari rezeki,” katanya.

Gambar remaja itu yang diikat pada pokok tular di Facebook.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Superinten­dan Mohamed Zulmazi Che Daud mengesahka­n kejadian terbabit.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bot saya memang diletakkan dekat bangsal itu untuk mudahkan pergerakan dan saya dimaklumka­n penduduk selepas mereka curiga melihat remaja itu”

Rahim Yusoff

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK diikat pada pokok selepas ditangkap penduduk di Kampung Jubakar Pantai.
SUSPEK diikat pada pokok selepas ditangkap penduduk di Kampung Jubakar Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia