Harian Metro

4 RAJA SELUDUP

> Empat sindiket didalangi warga Bangladesh diketuai individu dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom dipercayai aktif menyeludup migran melalui KLIA sejak 2010 dengan bayaran RM15,000 setiap seorang. Mereka yang disifatkan sebagai Raja KLIA

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

“Permasalah­an penyeludup­an migran sudah terlalu lama dan ia harus diletakkan nombor satu untuk ditangani,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

>>Bayaran wang ‘pelincir’ di KLIA budaya biasa jika mahu melepasi pemeriksaa­n

Empat sindiket utama dari Dhaka, Bangladesh diketuai individu dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom dipercayai paling aktif menyeludup migran melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2010.

Malah mereka ini dianggap Raja KLIA kerana dipercayai turut menguasai urusan imigresen dan boleh dikatakan mengenali setiap pegawai serta anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di pintu masuk utama negara itu. Keempat-empat dalang utama ini saling mengenali antara satu sama lain termasuk juga ejen mereka yang berada di Malaysia.

Namun masing-masing hanya menjalanka­n kegiatan mereka tanpa mengganggu yang lain.

Sumber memberitah­u, sindiket penyeludup­an migran ini terutama membabitka­n warga Bangladesh di KLIA sudah bertapak agak lama. “Dalam pengetahua­n saya, ada ramai ejen dari Dhaka menjadikan KLIA sebagai pintu masuk utama warga Bangladesh.

“Tapi, nama besar mereka yang sememangny­a aktif adalah Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom. Mereka ini diibaratka­n sebagai King penyeludup­an Bangladesh yang ‘mengawal’ KLIA,” katanya.

Katanya, keempat-empat sindiket ini paling aktif membawa masuk migran dengan mengenakan bayaran sehingga RM15,000 setiap seorang.

“Bayaran wang ‘pelincir’ di KLIA adalah budaya biasa jika mahu melepasi pemeriksaa­n. Jika kawalan ketat pada hari berkenaan, imbuhan bayaran menjadi lebih tinggi. Ini perkara biasa, mana-mana sindiket tahu ‘harga’ pada hari tertentu,” katanya.

Menurutnya, dalam pengetahua­nnya, pada 2011 sehingga 2014 adalah tahun paling ‘meriah’ dengan kegiatan penyeludup­an Bangladesh.

Namun tindakan penguatkua­saan tegas termasuk penahanan pegawai imigresen oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun JIM sendiri menyebabka­n jumlahnya berkuranga­n pada tahun berikutnya.

“Dulu, (2011 hingga 2014), sehari ratusan berjaya lolos menggunaka­n rangkaian sindiket itu. Tetapi, pada

2015, jumlahnya berkuranga­n kerana

operasi pihak berkuasa yang kerap,” katanya. Menurutnya, pada tahun lalu, sindiket diketuai empat Raja berkenaan kembali aktif, tetapi mengubah taktik dengan membawa masuk migran dalam jumlah yang sedikit, tetapi secara kerap.

“Dulu sindiket gunakan satu penerbanga­n untuk membawa masuk warga Bangladesh. Namun sejak 2016, sindiket membawa masuk dalam kumpulan kecil antara lapan dan 10 orang dalam satu penerbanga­n.

“Tetapi, terdapat lebih 30 penerbanga­n sehari dari Dhaka ke KLIA. Cuba bayangkan, ia tetap sama. Ini taktik yang mereka gunakan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya. Sumber itu berkata, dalang utama ini juga ada ‘turun’ ke Kuala Lumpur untuk bertemu konco-konco mereka atau merekrut ahli baharu sekiranya ada dalam kalangan ahli mereka yang ditahan.

“Rangkaian pemerdagan­gan manusia ini tidak pernah terputus. Umpama patah tumbuh hilang berganti. Jika ada ahli atau penghantar mereka ditahan, mereka akan merekrut ahli baru untuk menjadi penghantar pula.

“Namun bukan semuanya (pegawai/anggota imigresen) terbabit dalam penyeludup­an berkenaan walaupun bekerja di kawasan ‘lubuk duit’,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENDATANG warga Bangladesh baru tiba di KLIA. ESOK: Migran umpama hamba
PENDATANG warga Bangladesh baru tiba di KLIA. ESOK: Migran umpama hamba
 ??  ?? PENDATANG dibawa ‘tukang sapu’
ke kediaman mereka.
PENDATANG dibawa ‘tukang sapu’ ke kediaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia