Harian Metro

Cari pisau pembunuhan

 Polis ‘geledah’ sungai selama dua jam gagal temui senjata diguna untuk tikam

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Senjata pisau yang digunakan dalam pembunuhan seorang lelaki di Taman Arked di sini, Isnin lalu, belum ditemui selepas polis mencari selama dua jam di dalam sungai di Kampung Charok Kelubi, Sungai Pasir di sini, semalam.

Suspek berusia 19 tahun yang mengaku menikam mangsa, Liu Chee Wei, 25, dikatakan membuang pisau itu ke sungai terbabit sebelum melarikan diri.

Operasi mencari pisau itu dijalankan lima anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Utara, Pulau Pinang bermula jam 12 tengah hari selepas suspek membawa polis ke sungai terbabit dan menunjukka­n lokasi dia membuang senjata berkenaan.

Operasi mencari menggunaka­n alat pengesan logam bagaimanap­un gagal menemui pisau yang dibuang.

Namun sehelai seluar dipercayai dipakai suspek ditemui tidak jauh dari lokasi suspek membuang senjata dan operasi mencari ditamatkan jam 2 petang.

Sebelum itu, suspek dan sepupunya yang berusia 20-an dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, jam 9.45 pagi untuk mendapatka­n perintah tahanan reman bagi membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek utama dan sepupunya direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Seorang lagi suspek yang juga pemilik kereta Perodua Axia disambung reman seminggu lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan akibat tertekan dengan hutang RM2,000 yang gagal dijelaskan lelaki berusia 19 tahun itu menikam seorang lelaki yang ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri di lorong belakang bangunan di Taman Arked, Isnin lalu.

Operasi mencari guna alat pengesan logam gagal menemui pisau yang dibuang suspek

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Marin Wilayah Utara, Pulau Pinang menjalanka­n operasi mencari senjata dibuang suspek.
ANGGOTA Pasukan Marin Wilayah Utara, Pulau Pinang menjalanka­n operasi mencari senjata dibuang suspek.
 ??  ?? DUA suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.
DUA suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia