Harian Metro

Jual dadah dalam WeChat

-

Kajang: Rangkaian pengedaran dadah jenis ganja yang bergiat aktif ‘memasarkan’ bahan terlarang berkenaan melalui aplikasi digital Wechat kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di daerah ini berjaya dipatahkan pihak polis.

Seramai empat daripada 12 suspek berusia dari 20 hingga 26 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan sejak 2 Disember lalu adalah penuntut kursus kejurutera­an dari sebuah IPTS dan salah seorang daripada mereka adalah penuntut wanita.

Dalam serbuan di sekitar Kajang, Semenyih dan Sepang itu, pihak polis turut merampas 4.9 kilogram ketulan daun kering dipercayai ganja dalam pelbagai saiz dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n RM12,000.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, serbuan pertama dilakukan di hadapan sebuah hotel di Beranang, di sini, jam 11.20 malam 2 Disember lalu dan menahan tiga lelaki serta merampas ganja seberat 36.62 gram.

“Susulan itu, kami menyerbu dua rumah di Semenyih sebelum menahan tiga lelaki bersama ganja seberat 2.2 kilogram pada 4 dan 5 Disember manakala serbuan keempat di sebuah rumah di Taman Unipark Suria, di sini, berjaya menahan dua lelaki bersama 1.8 kilogram ganja.

“Serbuan seterusnya di sebuah rumah di Taman Unipark Suria pada hari sama berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum menemui 40 gram ganja. Pemeriksaa­n pada kereta milik suspek turut menemui ganja seberat 258 gram,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Di samping itu, beliau berkata, semua suspek terdiri daripada penganggur, pekerja dan penuntut

IPTS di daerah ini selain hasil ujian urin yang dijalankan mendapati semua 12 suspek positif dadah jenis ganja.

“Rangkaian ini dipercayai sudah melakukan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja sejak setahun lalu di kawasan Semenyih dan mereka didapati menjual bahan terlarang itu dengan harga antara RM50 hingga RM100 sepaket kepada penuntut IPTS.

“Proses jual beli dijalankan melalui aplikasi WeChat. Sumber berkata, bekalan dipercayai datang dari utara tanah air. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Dzaffir menunjukka­n dadah jenis ganja yang dirampas daripada suspek.
AHMAD Dzaffir menunjukka­n dadah jenis ganja yang dirampas daripada suspek.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA ganja yang dirampas dalam sidang media di IPD Kajang.
ANTARA ganja yang dirampas dalam sidang media di IPD Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia