Harian Metro

Tak terima tanah atau letak jawatan!

-

Shah Alam: Tidak boleh menerima tanah atau meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) pemilihan antara cadangan dikemukaka­n Kerajaan Selangor bagi menyelesai­kan isu penyelewen­gan pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Ia dikemukaka­n Jawatankua­sa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangg­ungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) susulan aduan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Permatang Datuk, Sulaiman Razak mengenai penyelewen­gan dan isu kad pengenalan palsu milik 18 penerima termasuk penduduk luar.

AJK pemilihan itu terdiri daripada wakil penduduk, kuil dan tokong.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kerajaan negeri perlu menstruktu­r semula Jawatankua­sa Pemilihan Tanah Senarai Nama Penduduk sedia ada dan mencadangk­an lima wakil rakyat di Kuala Selangor.

Beliau berkata, lima wakil itu membabitka­n empat daripada BN dan seorang daripada PKR. Mereka ialah ADUN Permatang itu sendiri, ADUN Jeram Datuk Amiruddin Setro, ADUN Ijok Azli Hussin, ADUN Bukit Melawati Jakiran Jacomah dan ADUN Sungai Burung Datuk Shamsudin Lias.

“SELCAT turut menggesa kerajaan negeri membatalka­n proses pemberimil­ikan tanah kepada pemohon yang gagal memenuhi syarat satu keluarga satu lot dan ia sehingga Jawatankua­sa Pemilihan Tanah yang baru dilantik,” katanya pada sidang media di Dewan Negeri Selangor di sini, semalam.

Menurutnya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, kecuaian Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dalam proses pengesahan dan penyemakan butiran peribadi pemohon dipandang serius.

“Oleh itu, permohonan yang tidak menepati syarat perlu ditolak melalui tapisan pertama di kaunter penerimaan permohonan,” katanya.

Sementara itu, Yeoh berkata, menerusi laporan siasatan awal berhubung isu berkenaan daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak wujud unsur rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

Difahamkan, tanah berkeluasa­n 14 hektar itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, 27 April tahun lalu bagi tujuan kediaman kepada 175 individu membabitka­n 154 pemohon India, Melayu (20) dan Cina (1).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia