Harian Metro

Bersatu pelihara Baitulmaqd­is

-

Kuala Lumpur: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel seolah-olah menyampaik­an hasrat bangsa Yahudi Israel merampas kembali kota suci itu daripada milik umat Islam Palestin dan seluruh dunia.

Walhal, tindakan itu dilihat sesuatu yang tidak tepat dan jelas salah dari sudut norma dan sistem perundanga­n yang ada, malah dianggap sebagai suatu bentuk rampasan serta jajahan selain mencabuli hakasasi kemanusiaa­n demi melebarkan lagi kekuasaan rejim.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad dalam khutbah Jumaat di Masjid Negara semalam berkata, sebagai tanda protes terhadap perkara ini, semua umat Islam perlu bersatu suara dan tegas untuk memastikan bumi Baitulmaqd­is terus terpelihar­a maruahnya.

“Kini ia bukan lagi menjadi perjuangan rakyat Palestin tetapi menjadi tanggungja­wab semua umat Islam se- luruh dunia termasuk di Malaysia.

“Kita bimbang, jika ia terus berlaku, akan tercetus ketidakama­nan dan ketenteram­an di bumi Palestin bahkan terhasil satu bentuk radikalism­e dan ektremisme baharu yang lebih besar dan mengakibat­kan ancaman keselamata­n yang lebih buruk di seluruh dunia.

“Untuk itu, bagi memastikan hasrat ini tercapai, mimbar yang mulia ingin menegaskan kepada semua umat Islam di negara ini agar tidak terbawa-bawa dengan perlakuan yang mazmumah sehingga mendatangk­an kemudarata­n kepada pihak lain,” katanya yang membaca teks khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia (MBM) mewakili seluruh badan gabungan belia di Malaysia menolak keras pengisytih­aran Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, MBM akan bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dalam menggerakk­an Kempen ‘Selamatkan Al-Quds’.

Beliau dalam kenyataan kepada media berkata, MBM menyeru seluruh rakyat

Malaysia terutama belia untuk bersama-sama berganding bahu dalam menentang keras pengisytih­aran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia