Harian Metro

BAGAI NYAWA KEDUA

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Dua pelajar Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di negeri ini terlepas hukuman gantung sampai mati, selepas ditawarkan pertuduhan pindaan kerana memiliki 201.12 gram kanabis oleh Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Afizul Syafiq Md Azman, 20, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan dan tertuduh Muhammad Hazrin Baba, 20, mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan pindaan yang dibacakan semula oleh jurubahasa.

Muhammad Afizul Syafiq dijatuhi hukuman penjara 10 tahun penjara dengan 13 sebatan iaitu tujuh tahun penjara dengan 10 sebatan bagi tuduhan pertama dan tiga tahun penjara dengan tiga sebatan bagi tuduhan kedua.

Bagaimanap­un dia hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun dengan 13 sebatan selepas mahkamah memerintah­kan hukuman penjara berjalan serentak mulai tarikh ditangkap 20 Sept 2016, manakala rakannya, Muhammad Hazrin dihukum penjara 15 bulan bermula tarikh yang sama.

Vazeer Alam ketika membuat keputusan itu menasihati kedua-dua tertuduh menjadikan kesalahan dan hukuman yang dikenakan ke atas mereka sebagai pengajaran pada masa akan datang.

“Insaflah, kamu ini pesalah muda. Kamu dan keluarga kamu sudah lalui peristiwa pahit ini dan jadikanlah sebagai pengajaran dan jangan ulangi lagi. Jadilah warganegar­a yang baik dan jagalah nama baik keluarga. Negara kita banyak menyediaka­n peluang untuk belajar,” katanya sebelum menjatuhka­n hukuman.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Muhammad Afizul Syafiq didakwa memiliki 201.12 gram kanabis di tepi Jalan Delima 2, bersebelah­an Plaza Bukit Beruang, Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, di sini, pada jam 3.40 petang, 20 Sept 2016.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntu­kan hukuman penjara seumur hidup dan maksimum 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Muhammad Afizul Syafiq didakwa memiliki 25.12 gram kanabis di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum sembilan sebatan.

Tertuduh Muhammad Hazrin pula didakwa memiliki 0.22 gram kanabis di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara lima tahun maksimum atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mengedar 201.12 gram kanabis di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati namun pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan itu terhadap mereka.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shazrill Ghazali, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Anwar Ab Raof dan Muhamad Aizat Fakri.

Dua pelajar ILP terlepas hukuman gantung selepas ditawar pertuduhan pindaan miliki dadah

 ??  ?? DUA tertuduh diiringi polis Mahkamah Tinggi Ayer Keroh.
DUA tertuduh diiringi polis Mahkamah Tinggi Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia