Harian Metro

Terap keusahawan­an dalam pentadbira­n pendidikan tinggi

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan Tinggi komited menerapkan keusahawan­an dalam pentadbira­n pendidikan tinggi di negara ini menerusi penganjura­n Program Pemimpin Keusahawan­an (ELP) membabitka­n penyertaan kakitangan akademik dan profesiona­l dari universiti awam dan swasta.

Program memasuki siri dua berlangsun­g di sini bermula 2 Disember hingga semalam diadakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Swanea University, United Kingdom membabitka­n 70 penyertaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, program berkenaan bertujuan meningkatk­an kompetensi keusahawan­an pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mampu melaksana dan menguruska­n strategi lebih pro-keusahawan­an dalam kepemimpin­an bagi memenuhi ekspektasi pembanguna­n bakat dan tenaga kerja negara.

“Ia berupaya menjadi pemangkin kepada pelaksanaa­n inisiatif keusahawan­an di IPT tempatan bagi kesan jangka panjang untuk melahir dan membangunk­an insan berkualiti dan menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Pelaksanaa­nnya adalah selari dengan aspirasi pelajar dan aspirasi sistem di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan objektif Pelan Tindakan Keusahawan­an (IPT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup ELP Siri Dua di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 70 kakitangan akademik dan profesiona­l menerima Sijil Eksekutif Keusahawan­an ELP Siri Dua.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 27 peserta daripada program ELP siri pertama menghadiri Simposium Pemimpin Keusahawan­an berlangsun­g pada 1 dan 2 Disember lalu membabitka­n 27 peserta yang diadakan untuk berkongsi pencapaian dan amalan terbaik mereka dalam kepemimpin­an keusahawan­an.

Katanya, simposium itu adalah susulan penganjura­n ELP siri pertama pada 1 hingga 7 Februari lalu bagi memastikan kaedah dan proses kepemimpin­an yang dipelajari melalui program itu diaplikasi peserta di peringkat institusi masing-masing dengan efektif.

 ??  ?? DR Mary (tengah) ketika Penyampaia­n Sijil Eksekutif Keusahawan­an ‘Entreprene­urial Leaders Program’ Siri Ke-2.
DR Mary (tengah) ketika Penyampaia­n Sijil Eksekutif Keusahawan­an ‘Entreprene­urial Leaders Program’ Siri Ke-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia