Harian Metro

Lelaki Myanmar dijel tiga tahun

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan merompak dan mencederak­an seorang pekerja kontrak warga Bangladesh.

Sang Lian Cung, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Tertuduh seorang pekerja kilang sebelum ini tidak mengaku bersalah menukar pengakuann­ya selepas kes disebut semula, semalam.

Tertuduh didakwa bersama dua lagi yang masih bebas, melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabka­n cedera kepada mangsa di Pasaraya Hari Hari, Jalan Tun Tan Cheng Lock pada jam 1.10 tengah hari, 25 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya N Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 25 Mei lalu.

Sementara itu di mahkamah yang sama, seorang warga Bangladesh, Monir Hssen, 25, juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan, atas kesalahan merompak seorang wanita.

Monir mengaku bersalah merompak telefon bimbit iPhone milik wanita berusia 23 tahun itu di jejantas berhampira­n Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut, dekat sini, pada jam 7.40 malam, 17 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia