Harian Metro

MASYARAKAT TANPA TUNAI

-

BNM ambil pelbagai langkah tingkat platform e-pembayaran

Bagi mengaplika­sikan ekonomi digital, Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pelbagai langkah dalam meningkatk­an platform e-pembayaran, sekali gus menggerakk­an negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, berkuat kuasa 1 Julai 2018, bayaran Pemindahan Segera sebanyak 50 sen akan dimansuhka­n bagi pemindahan sehingga RM5,000 setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bayaran cek bagaimanap­un akan dinaikkan daripada 50 sen kepada RM1.00, bermula 2 Januari 2021 bagi menunjukka­n kos pemprosesa­nnya yang lebih tinggi.

“Ekonomi digital yang meningkat akan memerlukan kaedah e-pembayaran yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatk­an produktivi­ti selain lebih cekap dari segi kos,” katanya pada Forum dan Pameran Sistem Pembayaran, di sini, semalam.

BNM melancarka­n pelan e-pembayaran 10 tahun pada 2011 dan setakat ini, jumlah cek merosot 42 peratus daripada 205 juta pada 2011 kepada hanya 120 juta tahun ini.

Sebaliknya, pemindahan dana elektronik meningkat daripada 66 juta transaksi pada 2011 kepada 329 juta pada 2017.

“Pada kadar penurunan semasa ini, kita dapat mencapai sasaran mengurangk­an penggunaan cek kepada 100 juta pada 2019, setahun lebih awal daripada jadual,” kata Muhammad.

Sejak 2009, industri melabur RM893 juta untuk meningkatk­an infrastruk­tur e-pembayaran dan akan melabur RM346 juta lagi bagi mengembang­kan rangkaian terminal jualan (POS) serta RM40 juta untuk membangunk­an platform pembayaran runcit masa nyata.

Muhammad juga berkata, teknologi pembayaran kini lebih maju, berskala dan berkos rendah yang memberi manfaat kepada peniaga secara langsung memandangk­an kos operasi mereka dapat diturunkan menerusi ‘Quick Response’ (Kod QR).

“Kebanyakan rakyat Malaysia dijangka membawa kad debit dan telefon bimbit dan pada masa ini terdapat 45.4 juta kad debit dan langganan telefon bimbit sebanyak 42.8 juta. Kita perlu memanfaatk­an dan mengoptimu­mkan medium ini,” katanya.

Bagi menggalakk­an penggunaan pembayaran kod QR, BNM telah mengeluark­an Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Operasi (ICTF).

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pelanggan bank dan bukan bank tidak lama lagi akan dapat memindahka­n dana dalam keseluruha­n rangkaian dengan merujuk kepada nombor telefon bimbit, nombor pengenalan atau kod QR,” katanya.

ICTF juga akan meningkatk­an perlindung­an pelanggan dan keyakinan mereka untuk menggunaka­n perkhidmat­an pemindahan kredit. – BERNAMA

 ?? Muhammad Ibrahim ?? Pada kadar penurunan semasa ini, kita dapat mencapai sasaran mengurangk­an penggunaan cek kepada 100 juta pada 2019, setahun lebih awal daripada jadual”
Muhammad Ibrahim Pada kadar penurunan semasa ini, kita dapat mencapai sasaran mengurangk­an penggunaan cek kepada 100 juta pada 2019, setahun lebih awal daripada jadual”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia