Harian Metro

‘Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh’

-

“Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh terutamany­a di Lembah Klang,” kata Ketua Pegawai Operasi Pembanguna­n UEM Sunrise Bhd, Datuk Roslan Ibrahim.

Beliau berkata, ini berdasarka­n kadar pembelian yang tinggi bagi projek kediamanny­a yang terkini, Residensi Solaris Parq di Dutamas, di sini iaitu sebanyak 80 peratus sehingga akhir November 2017.

“Kami mencapai kadar pembelian terbabit dalam tempoh kurang dua bulan, mengatasi sasaran awal kami iaitu lebih rendah daripada 80 peratus,” katanya ketika lawatan media bagi unit pameran projek itu di sini, semalam.

Roslan berkata, lebihan penawaran unit kediaman mewah bukan satu isu walaupun keadaan pasaran hartanah lembap di negara ini.

“Lokasi memainkan peranan penting, selain pasaran sasaran. Bagi Residensi Solaris Parq, kami menyasarka­n pembeli asing, belia dan pesara yang ingin mencari rumah lebih kecil selepas anak-anak mereka berpindah,” katanya.

Projek itu yang dijadualka­n siap pada 2022 adalah sebahagian daripada projek pembanguna­n bercampur UEM Sunrise.

Roslan berkata, syarikat akan mendapatka­n maklum balas pelanggan sebelum meneruskan dengan fasa seterusnya projek pembanguna­n bercampur.

“Kami sentiasa bertanya kepada pelanggan kami apa yang mereka mahukan sebelum kami meneruskan dengan pembinaan projek baru,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidik­an melaporkan, UEM

Sunrise dijangka mencapai sasaran jualannya sebanyak

RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2017 selepas mencatatka­n tempahan hartanah RM851.2 juta. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia