Harian Metro

UTAMA KEJAYAAN PASUKAN

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berjanji akan mengutamak­an kejayaan pasukan berbanding kemasyhura­n peribadi apabila skuad warga kota itu bersaing dalam Liga Super musim depan.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2017 dengan 27 gol itu berkata, sasaran utamanya adalah memastikan Kuala Lumpur kekal dalam Liga Super walaupun tidak menafikan turut mengimpika­n status penjaring terbanyak sekali lagi.

“Sebagai penyerang, saya memang sentiasa dahagakan jaringan serta mengidam untuk muncul sebagai penjaring terbanyak setiap musim.

“Tapi keutamaan saya tetap memastikan pencapaian pasukan terlebih dahulu

(gambar)

berbanding peribadi. Ini kerana kejayaan pasukan lebih memberi kepuasan.

“Namun jika mencapai kedua-dua sasaran itu sudah tentu lebih bermakna seperti yang saya kecapi musim ini bila kami muncul juara Liga Perdana dan saya pula muncul penjaring terbanyak.

“Jadi sasaran saya tidak berubah musim depan yang mana saya mahu memastikan Kuala Lumpur kekal beraksi dalam Liga Super untuk selama-lamanya.

“Saya tidak mahu nasib yang dilalui beberapa pasukan menimpa kami, baru beberapa musim bermain dalam Liga Super, sudah tersingkir kembali ke Liga Perdana,” katanya.

Bagaimanap­un, Guilherme yakin dengan persiapan rapi serta barisan pemain yang dimiliki skuad The Hawks musim depan, pasukan warga kota itu tidak tampil sekadar penumpang.

“Kami sedar Liga Super gelanggang berbeza kerana perlu bersaing dengan pasukan yang lebih berpengala­man seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor, Kedah dan Pahang. “Tapi jurulatih (Fabio Maciel) sudah membuat persiapan rapi dengan membawa masuk beberapa pemain berpengala­man seperti Indra (Putra Mahayuddin), Zaquan (Adha Radzak) dan Firdaus (Faudzi) untuk memperkuku­hkan pasukan.

“Saya yakin dengan gabungan pemain yang kami ada kali ini, Kuala Lumpur bukan saja akan kekal dalam Liga Super malah menjadi pencabar utama serta berpotensi untuk meraih salah satu kejuaraan,” ujar Guilherme.

 De Paula mahu pastikan Kuala Lumpur

kekal dalam Liga Super

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia