Harian Metro

Selamat Tinggal Vingada

-

jurulatih kebangsaan sebelumnya, Vingada tentu ada pandangan dan pertimbang­annya sendiri. Namun, tanpa sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan di bawah kendaliann­ya, Vingada mungkin sudah ternampak jalan buntu di depannya.

Dalam keadaan semasa yang mendesak, Vingada tentu merasakan perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Lubnan pada Mac 2018, sebagai satu lagi ‘beban’ yang tidak mungkin boleh merubah nasibnya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Keadaan semasa yang mendesak juga sedang menghambat pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini. Barangkali keputusan Vingada meletakkan jawatannya memberi FAM sedikit ruang bernafas untuk merencana semula sesuatu yang lebih baik buat Harimau Malaya.

Sama ada dia meletak jawatan atas keputusann­ya sendiri ataupun ia dicapai sebagai jalan penyelesai­an bersama dengan FAM, itu tidak lagi penting.

Yang lebih kritikal untuk FAM sekarang ialah menentukan kriteria paling tepat apabila melantik jurulatih Harimau Malaya yang baru.

Malang sekali apabila kita kini kerap mendengar sindiran bahawa prestasi pasukan kebangsaan Malaysia tidak mampu diperbaiki lagi walaupun FAM melantik jurulatih terkemuka dunia seperti Alex Ferguson, Jose Mourinho atau Josep Guardiola sekali.

Itu realiti pahit, susah untuk dinafikan manamana peminat bola sepak tanahair. Justeru, pemilihan FAM mencari pengganti Vingada perlu dilakukan penuh teliti dalam pelbagai aspek. Matlamatny­a perlu jelas, pengganti Vingada perlu membina pasukan yang mampu memulihkan prestasi semasa sambil menyelaras­kan perancanga­n untuk jangka masa sederhana.

Dalam menentukan pemilihan jurulatih kebangsaan yang baru, FAM juga boleh mengambilk­ira peranan Pengarah Teknikal yang baru, Peter De Roo.

Cuma kita mengharapk­an tiada lagi keputusan bidan terjun melantik Pengarah Teknikal sebagai ketua jurulatih kebangsaan

(tidak rasmi?) seperti yang pernah berlaku sebelum ini membabitka­n Dr Josef Venglos (198687), Richard Bate (1988) dan Karl Heinz Weigang (2004).

Biarpun Peter de

Roo juga masih ‘baru’ di Malaysia, idea perancanga­nnya boleh diadunkan sebagai misi dua serampang mengimbang­i usaha pembanguna­n dengan keperluan pasukan kebangsaan.

Tempoh Vingada, 64, yang bertugas tidak sampai enam bulan sebagai ketua jurulatih negara, adalah antara yang paling singkat dalam sejarah pasukan kebangsaan.

Begitupun, berdasarka­n catatan yang ada, tempoh itu tidak terlalu memeranjat­kan. Misalnya, pasukan kebangsaan dibimbing empat jurulatih berasingan dari tahun

1987 hingga 1990 (Abdul Rahman Ibrahim, Richard Bate, M Chandran, Trevor Hartley dan Ahmad Shafie).

Malah, mengikut sejarah pengendali pasukan kebangsaan, Datuk K Rajagopal adalah antara yang paling lama memegang jawatan itu selama empat tahun daripada 2009 hingga 2013.

Selamat maju jaya buat Vingada. Kita hanya boleh mengharapk­an jurulatih Harimau Malaya yang baru diputuskan dengan lebih komited dan tidak terburubur­u. Setidaktid­aknya beliau mampu membentuk pasukan mencabar untuk saingan serantau Piala AFF Suzuki 2018. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia