Harian Metro

Perang Penyokong Kian Serius

-

Kebelakang­an ini, sejak masyarakat semakin bijak menggunaka­n media sosial, perang siber kian menjadi-jadi, tidak kecuali dalam kalangan penyokong bola sepak.

Spy Bola sekadar mampu geleng kepala bila membaca penyokong berperang sesama mereka melalui media sosial. Kadang-kadang isu yang diperdebat­kan itu bukan sebesar mana pun, remeh sahaja tapi cara mereka mempertaha­nkan pendapat masing-masing seolah-olah dunia mahu terbalik.

Ayat-ayat yang digunakan pula memang sah tidak diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia jika ia dituturkan dalam filem. Bukan sahaja maki hamun tapi ada yang sampai mencarut!

Situasi ini sebenarnya sangat tidak sihat kepada bola sepak kita. Apa tidaknya, kadang-kadang dek kerana berbalas-balas hujah di alam siber antara penyokong, ia terbawabaw­a hingga ke dalam stadium sehingga tercetus kekacauan atau rusuhan penonton.

Spy Bola berpendapa­t, jika perang siber antara penyokong ini tidak dibendung, ia akan menjadi lebih parah pada masa akan datang. Dalam hal ini ‘admin’ sesuatu laman web perlu lebih bertanggun­gjawab menapis setiap entri yang masuk.

Malah, tidak perlulah ‘admin’ pula yang menjadi batu api memainkan isu-isu yang boleh memecahbel­ahkan penyokong kerana sepatutnya kewujudan pelbagai medium bola sepak ini dapat menyatupad­ukan penyokong tanpa mengira daripada pasukan mana sekali pun.

Suruhanjay­a Multimedia Malaysia (SMM) perlu juga sesekali jenguk-jenguk laman media ini. Kalau sudah melampau sangat, ambil tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia