Harian Metro

BADAN PUTUS DUA DIREMPUH

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

Juruwang wanita maut dalam kemalangan ketika melintas jalan

Seorang juruwang wanita sebuah stesen minyak meninggal dunia dalam keadaan ngeri apabila badannya terputus dua akibat dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di Jalan Lintas, berhampira­n Iramanis di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.56 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Jenny

Lai, 23, meninggal dunia serta-merta, di lokasi kejadian.

Bagaimanap­un, pemandu pacuan empat roda terbabit dipercayai melarikan diri, sejurus kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian, wanita itu melintas jalan untuk ke tempat kerjanya di sebuah stesen minyak berhampira­n.

Pada masa sama, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih, dipandu seorang individu dan dipercayai dalam perjalanan dari arah Bukit Padang ke Iramanis.

Akibat jarak terlalu dekat, pemandu pacuan empat roda terbabit gagal mengelak wanita itu, lalu merempuh mangsa.

Impak daripada rempuhan itu menyebabka­n mangsa tercampak di tepi jalan, sebelum dia terhempas ke sebatang pokok dan menyebabka­n tubuh mangsa terputus dua.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, sebaik menerima panggilan orang awam, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya juga masih mengesan pemandu dan jenis pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,“katanya.

 ?? TO ?? KEADAAN mayat mangsa yang terputus dua dalam kemalangan di Jalan Lintas, dekat Iraminis, Kota Kinabalu.
TO KEADAAN mayat mangsa yang terputus dua dalam kemalangan di Jalan Lintas, dekat Iraminis, Kota Kinabalu.
 ??  ??
 ??  ?? KEBAKARAN yang memusnahka­n enam rumah di Skim Penempatan Kinarut, Papar.
KEBAKARAN yang memusnahka­n enam rumah di Skim Penempatan Kinarut, Papar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia