Harian Metro

HILANG JEJAK

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Lelaki keluar memancing gagal pulang ke rumah

Sebuah keluarga kini kebuntuan selepas bapa mereka belum pulang ke rumah selepas keluar memancing di Kampung Sebemban, Jalan Gedong, di sini, Rabu lalu.

Ariff Bagoh, 42, keluar dari rumah jam 10 malam untuk ke kawasan sungai berhampira­n berseorang­an namun tidak pulang menyebabka­n keluarga bimbang perkara buruk berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian jam 7.23 malam kelmarin.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dihantar ke kampung berkenaan untuk operasi mengesan mangsa.

“Pada awalnya, keluarga mangsa bersama penduduk memulakan pencarian selepas dia gagal pulang ke rumah. Bagaimanap­un pencarian di kawasan sungai menemui peralatan memancing lelaki itu saja.

“Keluarga dan penduduk kampung meneruskan pencarian di kawasan berhampira­n sungai namun tidak menemui sebarang petunjuk lain,” katanya.

Beliau berkata, operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diperluask­an di sekitar kawasan kampung dan sungai untuk mengesan lelaki terbabit.

Katanya, radius pencarian juga diperluask­an sehingga ke Sungai Gedong dengan menggunaka­n bot yang turut disertai agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan penduduk.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dengan bantuan pelbagai agensi dan penduduk kampung menjalanka­n Operasi SAR.
ANGGOTA bomba dengan bantuan pelbagai agensi dan penduduk kampung menjalanka­n Operasi SAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia