Harian Metro

‘TAK TAHU PERKEMBANG­AN AYAH’

Kali terakhir jumpa bapa ketika berusia 14 tahun

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

“Hati anak mana tidak pilu apabila hanya mampu melihat jasad dan pengebumia­n ayah yang tidak ditemui sejak 10 tahun lalu.

“Saya memang tidak mengetahui sebarang perkembang­an mengenai ayah dan hanya dimaklumka­n berita pemergiann­ya pagi tadi (semalam),” kata Afif Aina’a Abdul Khalid, 25.

Semalam, bapanya, Abdul Khalid Abdul Majid, 56, menghembus­kan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat kanser usus dan beberapa komplikasi lain.

Minggu lalu, akhbar ini melaporkan Abdul Khalid dijaga rakan karibnya, Abu Bakar Osman, 64, selama dua bulan dalam keadaan terlantar di surau lama di Kampung Anga Bisa, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Selepas tersiarnya kisah pilu itu, keluarga Abdul Khalid yang cuba mengesan selama 10 tahun tampil membawanya pulang ke rumah mereka di Taman Kandis Permai, Kampung Jawa di sini, Ahad minggu lalu.

Laporan itu juga menyebut Abu Bakar yang mengenali Abdul Khalid ketika sama-sama belajar ilmu agama di Madrasah An Nur di kampung berkenaan membantu menjaganya yang terlantar sakit termasuk menguruska­n makan minum dan kebersihan diri rakannya.

Keperluan Abdul Khalid turut dibantu jemaah madrasah dan penduduk yang bersimpati.

Menurut Afif Aina’a, kali terakhir dia menemui bapanya ketika berusia 14 tahun sebelum mereka terputus hubungan selepas bercerai dengan ibunya.

“Sejak itu, saya dan adik (Fasha Farhanni, 23) tidak lagi mendengar sebarang berita mengenainy­a dan tidak mengetahui ada berita mengenai ayah dalam Harian Metro.

“Saya terkejut apabila dihubungi keluarga ayah mengenai kematian itu, jam 6 pagi dan bergegas dari Kuala Lumpur untuk menghadiri pengebumia­n,” katanya.

Jenazah Allahyarha­m Abdul Khalid yang disembahya­ngkan di Taman Sri Kandis dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, jam 11 pagi.

Afif Aina’a yang juga akauntan swasta berkata, walaupun terkilan, dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang akan diingatiny­a sebagai peramah dan pandai memasak.

Sementara itu, kakak Allahyarha­m, Hamemah, 57, berkata, adiknya dihantar ke sebuah hospital swasta di daerah ini, jam 10 pagi kelmarin selepas mengadu sakit perut sejak Jumaat lalu.

“Kami menghantar­nya ke HTAR pada sebelah petang dan dimaklumka­n bahawa dia turut mempunyai masalah jantung dan paru-paru selain kuman pada perut.

“Dia disahkan meninggal dunia jam 3.50 pagi selepas dimaklumka­n doktor supaya semua ahli keluarga datang ke hospital,” katanya yang turut berterima kasih kepada akhbar ini yang membawa kepada pertemuan semula dengan Abdul Khalid.

Saya terkejut

apabila dihubungi keluarga ayah

mengenai kematian itu

Afif Aina’a Abdul Khalid

 ?? FOTO: FAIZ ANUAR ?? AFIF Aina’a (kiri) dan Hamemah melihat keratan akhbar Harian Metro selepas pemergian Abdul Khalid.
FOTO: FAIZ ANUAR AFIF Aina’a (kiri) dan Hamemah melihat keratan akhbar Harian Metro selepas pemergian Abdul Khalid.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 4 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 4 Disember lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 2 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 2 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia