Harian Metro

SENDIRIAN HIDUP DAIF

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Ditinggalk­an suami sejak 40 tahun lalu, seorang warga emas hidup dalam kedaifan dengan menampung hidup hasil menjual barangan terpakai.

Lee Chin Lan, 68, yang lebih mesra dipanggil Ah Mooi hanya beroleh RM5 hingga RM10 sehari hasil jualan barangan yang dipungut sekitar kawasan perumahan kediamanny­a di Taman Sri Kurau, Bercham, di sini.

Warga emas itu hanya makan sayuran seperti pucuk ubi keledek yang ditanam sendiri dua kali sehari tanpa nasi kerana tidak mampu membeli beras.

Ah Mooi berkata, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 43 tahun namun anak tunggalnya itu menghadapi masalah mental dan dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan sejak 16 tahun lalu.

“Dulu semasa anak saya sihat, saya masih mampu bekerja sambilan sebagai tukang cuci tetapi selepas kesihatan anak semakin serius dan dimasukkan ke hospital, saya tidak lagi bekerja.

“Kalau ada duit saya akan beli kentang untuk dimasak bersama sayur lain yang ditanam di belakang rumah atau petik sekitar perumahan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Kurau, Bercham di sini, semalam.

Menurutnya, dia membesarka­n anak perempuann­ya sendirian sejak ditinggalk­an suami.

“Saya ada meminta bantuan orang kurang upaya (OKU) untuk anak saya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak dapat kerana anak kini dijaga di hospital,” katanya.

Ah Mooi berhasrat membawa pulang dan menjaga sendiri anak tunggalnya itu namun dengan kehidupann­ya serba kekurangan ketika ini mustahil untuk bersamanya.

“Apa yang saya mampu lakukan bagi melepas rindu adalah melawatnya di hospital setiap minggu dengan menaiki bas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat Aldrich Low yang menziarah warga emas terbabit semalam berjanji membantu wanita berkenaan.

“Pihak saya bersama pegawai

Warga emas ditinggalk­an suami sejak 40 tahun lalu hanya

jamah sayuran ditanam, jual barang terpakai

dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan Ahli Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk melawat Ah Mooi dan menyampaik­an sedikit bantuan barangan keperluan dan makanan serta membantu urusan permohonan bantuan JKM.

“Bantuan juga akan dimohon dari badan kebajikan di Bercham untuk keperluann­ya dari segi fizikal dan mental agar dapat dijaga sukarelawa­n berdekatan, termasuk menolongny­a kemas rumah yang penuh dengan barang terpakai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia