Harian Metro

‘REZEKI KAMI’

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Pemuda menang cabutan bertuah wang tunai RM20,000 berhasrat tunai umrah bersama ibu bapa

Pemenang utama cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-20 Angsana Mall Johor Bahru, semalam, Mohd Khairul Sadiman, 25, bercadang menggunaka­n RM20,000 dimenangi bagi menunaikan umrah bersama ibu bapanya.

Mohd Khairul berkata, dia amat bersyukur kerana bukan sahaja memenangi hadiah utama wang tunai malah turut menang hadiah tempat pertama iaitu motosikal Scomadi TL125, hadiah keempat, televisyen 40 inci, hadiah kesembilan percutian ke Kuala Lumpur serta hadiah saguhati, baucar beli-belah bernilai RM200.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan memenangi semua hadiah berkenaan memandangk­an tidak pernah memenangi sebarang peraduan dianjurkan pengurusan pusat membeli-belah itu sebelum ini.

Katanya, semua borang peraduan turut diisi oleh ayah, Sadiman Murad, 67, yang hampir setiap hari berbelanja di Angsana Mall kerana mengusahak­an perniagaan mi wantan di medan selera di situ sejak 20 tahun lalu.

“Ayah ada menyatakan hajat untuk pergi menunaikan umrah bersama saya serta ibu, Norimah Husin, 66 sekiranya kami menang hadiah utama cabutan bertuah ini.

“Pastinya saya akan menyerahka­n wang ini kepadanya bagi melakukan urusan menunaikan umrah pada tahun depan. Saya anggap ini adalah rezeki kami sekeluarga dan benar-benar bersyukur kepada Alahi,” katanya.

Hadiah kemenangan itu disampaika­n oleh Pengarah Urusan Kumpulan Uda, Datuk Ahmad Abu Bakar. Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset Uda, Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed.

Pada program berkenaan, Kumpulan Uda turut menyerahka­n sumbangan RM60,000 kepada enam badan kebajikan di daerah ini menerusi Uda Outreach Program-Enriching Lives.

Peraduan cabutan bertuah itu diadakan mulai 9 Mei hingga 30 September lalu menawarkan hadiah keseluruha­n hampir RM100,000.

Sementara itu, Ahmad berkata, peraduan berkenaan bertujuan menghargai pengunjung pusat membeli-belah itu.

“Ia juga menggalakk­an pelanggan terus membeli-belah dan menjadikan Angsana Mall sebagai destinasi membeli-belah yang utama di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia