Harian Metro

JANJI TINGGAL JANJI

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

Penduduk diancam hakisan tanah, parit dakwa pemaju tanah persendiri­an gagal sedia rizab perparitan

Sikap lepas tangan pemaju tanah persendiri­an yang gagal menyediaka­n rizab perparitan menyebabka­n penduduk di Putera Jaya di sini, menjadi mangsa keadaan.

Difahamkan, beberapa kawasan di situ berdepan ancaman hakisan tanah dan parit yang serius kerana tiada sistem perparitan teratur.

Wakil penduduk, Yusmarosdi Muhd Yusof, 42, berkata, masalah hakisan tanah itu semakin parah selepas banjir melanda pada awal tahun lalu.

“Selepas banjir, parit sepanjang lebih 500 meter itu pada awalnya bersaiz kecil namun kini semakin melebar dan menghakis kawasan tanah sekeliling rumah.

“Masalah hakisan juga bertambah parah apabila kolam takungan air ditambak untuk projek pembinaan,” katanya yang ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia membeli tanah di kawasan itu pada 2014 untuk membina rumah seterusnya mula tinggal di situ pada penghujung 2015.

“Pada awalnya pihak pemaju berjanji akan menguruska­n permohonan membina saliran longkang dan jalan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi selepas itu janji hanya tinggal janji.

“Lebih menyedihka­n satu lot tanah bersebelah­an rumah saya langsung tidak dapat digunakan kerana menjadi tempat lencongan laluan air,” katanya.

Dia berkata, lima saluran air dibina dan satunya adalah daripada sumber dari mata air yang mengalir dari arah bukit menghala ke parit itu.

Menurutnya, apabila hujan lebat dan arus deras aliran air semakin kuat serta pernah mencecah ketinggian hingga dua meter menyebabka­n hakisan tanah semakin menghampir­i rumah.

“Saya terpaksa menambak sedikit tanah untuk mengelakka­n hakisan semakin dekat dengan rumah kami hingga mengancam keselamata­n keluarga.

“Saya sudah membuat aduan perkara ini kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan masih menunggu jawapan dari mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahter­aan Bandar negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, masalah itu sudah dikemukaka­n Mesyuarat Tindakan Daerah Setiu kepada Pejabat Daerah Setiu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri berkata, tindakan sedang diambil dan pengiraan kos turut dibuat untuk cadangan melaksanak­annya.

“Pegawai Daerah sudah meneliti kes ini untuk Program Penyelengg­araan Jalan Negeri di bawah Jabatan Pengurusan Pelaksanaa­n (JPP) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Pegawai Daerah Setiu Rosdi Awang, pula berkata, masalah itu didapati berpunca daripada sikap lepas tangan pemaju tanah di kawasan berkenaan.

“Selepas siasatan dilakukan, kawasan itu didapati tanah individu yang dipecah lot dan dijual, tetapi malangnya ia tiada rizab perparitan.

“Jadi pembeli tanah ini kena bincang sesama sendiri untuk menentukan lokasi parit perlu dibuat kerana sepatutnya pemaju yang menjual lot tanah perlu memastikan segala infrastruk­tur asas seperti jalan dan parit perlu disediakan seperti di dalam pelan sebelum menjual kepada pembeli,” katanya.

 ?? FOTO: NURUL FATIHAH SULAINI ?? YUSMAROSDI menunjukka­n kesan hakisan tanah yang membimbang­kan penduduk di Putera Jaya.
FOTO: NURUL FATIHAH SULAINI YUSMAROSDI menunjukka­n kesan hakisan tanah yang membimbang­kan penduduk di Putera Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia