Harian Metro

PADAH CURI ROKOK

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Empat anggota polis ditahan pecah masuk rumah ahli perniagaan

Padah memecah masuk dan melarikan sejumlah besar karton rokok dari rumah ahli perniagaan di Taman Alam Perdana, di sini, empat anggota polis ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Khamis lalu.

Lebih mengejutka­n penahanan mereka dibuat tidak sampai dua minggu selepas dua anggota polis ditangkap selepas terbabit menembak dan menyamun seorang ahli perniagaan di Jaya Gading, di sini, 25 November lalu.

Dalam serbuan dan tangkapan dibuat jam 4 petang, tiga anggota berpangkat Lans Koperal dan seorang Koperal ditahan selepas polis menerima maklumat berdasarka­n gambar tular di laman sosial Facebook (FB) mengaitkan empat suspek berkenaan dengan aktiviti jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, keterangan yang tular itu turut memaparkan wajah suspek berdasarka­n rakaman kamera di pondok pengawal di taman perumahan itu.

“Bertindak atas maklumat itu semua suspek berusia 25 hingga 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kumpulan lelaki ini dipercayai memecah masuk rumah mangsa dan melarikan sejumlah besar karton rokok sebelum disedari mangsa pada 9 November lalu yang membuat laporan polis keesokanny­a,” katanya pada sidang media di IPD Kuantan, semalam.

Bagaimanap­un, Abdul Aziz berkata, empat suspek ditahan itu tidak mempunyai kaitan dengan dua anggota polis yang ditahan sebelum ini.

Katanya, empat suspek bertugas di bahagian tugasan am itu kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk kediaman.

 ??  ?? ABDUL Aziz menunjukka­n video tular di media sosial mengenai pembabitan empat anggota polis dalam kes
pecah rumah di Taman Alam Perdana, Kuantan.
ABDUL Aziz menunjukka­n video tular di media sosial mengenai pembabitan empat anggota polis dalam kes pecah rumah di Taman Alam Perdana, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia