Harian Metro

PEMANDU TEKSI DICURIGAI

Perkhidmat­an diberi merosot hingga ramai pilih GrabCar dan Uber

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Kebelakang­an ini, isu pemandu teksi cekik darah yang didakwa sengaja mengugut serta menipu warga asing dalam soal tambang sering dilaporkan sehingga menyebabka­n ramai pihak memberi respons negatif terhadap perkhidmat­an teksi di seluruh negara.

Kes seperti ini bukan asing tetapi banyak kali dilaporkan yang mana barubaru ini, timbul lagi kes pemandu teksi dikatakan mengugut seorang lelaki warga asing membayar tambang RM6,000 bagi perjalanan tujuh kilometer (km).

Berdasarka­n tinjauan Metro Ahad di sekitar ibu negara, ratarata responden menyifatka­n sikap segelintir pemandu teksi yang sengaja menaikkan caj tambang terhadap warga asing adalah tindakan tidak wajar yang perlu diberi perhatian.

Memang tidak dinafikan perkhidmat­an teksi kini dilihat semakin merosot selepas kewujudan perkhidmat­an kereta persendiri­an seperti GrabCar dan Uber sehingga memberi kesan terhadap pendapatan mereka.

Namun begitu, jangan disebabkan pendapatan yang diraih dalam sehari tidak menguntung­kan menyebabka­n ada segelintir sengaja mengenakan tambang tidak masuk akal, lebihlebih lagi kepada pelancong dan warga asing untuk mengaut keuntungan lumayan dalam masa singkat.

Menerusi tinjauan Suara

Maya dalam web myMetro membabitka­n kes pemandu teksi yang bertajuk #Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani kes pemandu teksi tidak mengikut peraturan penggunaan meter dan menipu penumpang? sebanyak 40 peratus responden bersetuju untuk mengenakan hukuman berat dan tindakan tegas terhadap pemandu teksi yang mempunyai banyak rekod kesalahan sebagai langkah membendung kes penipuan tambang teksi yang tidak masuk akal terhadap pengguna.

Pada masa sama, sebanyak 20.8 peratus responden mahukan kerajaan serta pihak berkaitan memperluas­kan medium aduan bagi memudahkan orang ramai memaklumka­n salah guna kuasa serta masalah berbangkit untuk diketengah­kan kepada pihak atasan sebagai langkah terbaik mengatasi masalah berkenaan.

Selain itu, 20 peratus responden pula memilih pihak berkaitan supaya sentiasa membuat saringan ketat terhadap pemandu teksi di seluruh negara dari segi permit, penggunaan tambang bermeter, keadaan kenderaan yang selamat sebagai cara menambah baik mutu perkhidmat­an teksi.

Bukan itu saja, sebanyak 19.2 peratus lagi responden bertegas mahukan pihak berkuasa mempergiat­kan operasi khas besarbesar­an terhadap pemandu teksi untuk menyedarka­n pemandu serta pengusaha teksi supaya sentiasa mengikut undangunda­ng yang ditetapkan, sekali gus memberi gambaran baik imej perkhidmat­an pengangkut­an awam negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia