Harian Metro

SEGALANYA KEPUTUSAN PARTI

- Mohd Nasif Badruddin, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Suraya Roslan, Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Najib akui pemilihan calon PRU-14 bukan ikut hati

parti berbanding individu.

“Kalau saya suka orang tu pun, tapi kalau parti kata tak lepas. Saya terpaksa kata

(maaf), tak lepas. Jadi kita kena terimalah keputusan itu.

“Kita pilihlah macam disebut tadi (boleh menang), (disukai) lah apa benda. Kita mestilah pilih orang yang benar-benar boleh menang dan bawa kejayaan,” katanya dalam ucapan penggulung­an Presiden UMNO sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau turut menekankan supaya kepemimpin­an UMNO di peringkat bahagian perlu berpakat menyelesai­kan masalah secara kekeluarga­an demi kepentinga­n parti seperti konsensus yang dicapai dalam pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO tanpa sebarang keraguan.

Menurutnya, beliau tahu ada kepemimpin­an UMNO di bahagian tertentu yang bermasalah sehingga tidak bertegur sapa.

“Semua momentum berpihak kepada kita sekarang ini, kebanyakan pegawai kerajaan memihak kepada kita. Saya ucap terima kasih kepada semua pegawai kerajaan. Mereka ini semua pelaksana dasar, pendokong dasar BN.

“Saya juga nak ucap terima kasih kepada pemimpin dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan), MKD (Menteri Kewangan Diperbadan­kan), mereka ini pun sokong kita,” katanya.

Dalam nada bergurau, Perdana Menteri berkata, beliau ‘sakit hati’ dengan ungkapan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menyanyika­n lagu pasukan bola sepak Liverpool iaitu ‘you will never walk alone’ (anda tidak akan berjalan keseoranga­n), sedangkan beliau dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin adalah penyokong tegar Manchester United.

 ??  ?? NAJIB bersama Zahid (dua dari kanan), Hishammudd­in (kanan) dan Tengku Adnan (kiri).
NAJIB bersama Zahid (dua dari kanan), Hishammudd­in (kanan) dan Tengku Adnan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia