Harian Metro

Model maut jatuh dari tingkat 20 MENYAMAR ADIK

-

Model sambilan warga Belgium maut akibat terjatuh daripada tingkat 20 kondominiu­m di Jalan Dang Wangi, di sini, petang Khamis lalu.

Mangsa berusia 19 tahun ditemui maut di tingkat enam.

Terdahulu, mangsa bersama seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan isterinya warga Kazakhstan yang juga pemilik kediaman berkenaan keluar berhibur sebelum kembali ke kondominiu­m itu.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit dilaporkan masuk ke bilik, namun mangsa berada ruang tamu.

“Dia yang tidak berpakaian terjatuh daripada balkoni berkenaan ke tingkat enam.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan ujian darah mendapati dia mengambil dadah dan alkohol, malah ujian air kencing pasangan suami isteri pemilik rumah didapati positif dadah jenis ketamin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan. “Hasil siasatan awal dan bedah siasat dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Polis Daerah Dang Wangi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya. Kuala Lumpur: Seorang pengedar dadah ‘kantoi’ apabila polis menemui 64 paket kecil berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bersamanya ketika pemeriksaa­n di tepi belukar dekat Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, di sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia 21 tahun ditahan jam 4.30 petang itu didapati menjual bahan terlarang berkenaan dengan harga RM50 hingga RM80 sepaket.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, terdahulu pihaknya mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an sebelum membuat pemerhatia­n.

“Anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju kemudianny­a menghampir­i suspek dan memperkena­lkan diri lalu membuat pemeriksaa­n sebelum merampas satu beg plastik berwarna hitam.

“Pemeriksaa­n ke atas beg terbabit mendapati ia mengandung­i 64 paket plastik kecil berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 242 gram bernilai RM5,120,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihaknya

 Lelaki pecah masuk apartmen tumbuk muka jiran

 ??  ?? BARANG yang dirampas daripada suspek pecah rumah.
BARANG yang dirampas daripada suspek pecah rumah.
 ??  ?? DADAH dan wang tunai yang dirampas daripada seorang lelaki.
DADAH dan wang tunai yang dirampas daripada seorang lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia