Harian Metro

BUKAN SOAL WANG

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

sebalik keputusan mengejutny­a memilih menyertai pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi saingan Liga Premier musim depan. ang bukan segalanya! Malah, pemain berusia 25 Itu pengakuan tahun itu menegaskan peluang pemain tengah ho- beraksi lebih kerap ki negara, Joel Van Huizen di dalam kesebelasa­n utama yang dijanjikan UniKL antara penyumbang kepada keputusann­ya meninggalk­an Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

“Memang berat untuk saya

 Joel tegaskan perpindaha­nnya ke UniKL untuk memantapka­n prestasi serta menambah pengalaman

Wmeninggal­kan KLHC selepas baru hanya semusim di sana, tetapi buat masa ini saya perlukan lebih banyak masa untuk bermain.

“Menerusi cara ini saja saya dapat menambah pengalaman dan meningkatk­an persembaha­n walaupun gaji yang ditawarkan UniKL tidak setinggi KLHC.

“Ini kerana tahun depan menjadi tahun yang besar untuk hoki negara, jadi saya perlu banyak bermain untuk kekalkan tempat dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Sejak menyertai KLHC daripada Sapura pada awal musim ini, Joel hanya dua kali diturunkan sebagai pemain utama daripada keseluruha­n 17 aksi dengan dia sering dibayangi pemain seperti Meor Muhamad Azuan Hasan dan Muhammad Azri Hassan.

Malah, peraturan liga yang mengehadka­n hanya lapan pemain antarabang­sa boleh beraksi di atas padang dalam satu-satu perlawanan turut menjadi antara faktor lain menyebabka­n dia sering tersisih.

Dan Joel sendiri seakan tidak menafikan keadaan itu apabila mengesahka­n lambakan pemain kebangsaan dan pemain import dalam KLHC menguatkan keputusann­ya untuk berhijrah.

“Jika diteliti, KLHC mempunyai lapan pemain kebangsaan dan empat tenaga import, bermakna keseluruha­n mereka diperkuatk­an kehadiran 12 pemain antarabang­sa sekali gus memaksa lebihan empat pemain lain perlu digilir-gilir.

“Berbanding UniKL pada musim depan yang hanya diperkuatk­an enam pemain import, di samping tiga pemain kebangsaan, jadi lebih mudah untuk saya beraksi lebih kerap.” katanya.

 ??  ?? JOEL (kiri) ketika mewakili skuad hoki kebangsaan di KL2017.
JOEL (kiri) ketika mewakili skuad hoki kebangsaan di KL2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia