Harian Metro

Hikmah gandingan V Shem-Wee Kiong

-

dipisahkan untuk hanya tiga bulan, peminat badminton negara menerima khabar baru apabila Goh V Shem-Tan Wee Kiong akhirnya digandingk­an semula.

Semuanya demi memastikan Malaysia layak ke Piala Thomas di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Perkara itu kali pertama diumumkan oleh Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai yang berkata, kedua-dua pemain itu perlu digandingk­an semula berikutan peraturan baharu kejohanan yang ditetapkan oleh BWF.

Bagi saya, ada hikmah gandingan semula pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio tahun lalu itu.

Kerana sebelum ini, mereka berdua dikatakan sudah tidak lagi mempunyai persefaham­an.

Sekarang, mahu tidak mahu kedua-duanya harus mengetepik­an ego masing-masing dan mengutamak­an kepentinga­n negara terlebih dulu.

Kalau hendak cerita soal kesalahan, semua orang juga melakukan kesalahan dan tiada yang sempurna.

Sebab itu seperti saya katakan tadi, gandingan semula mereka berdua ada hikmahnya.

Daripada awal lagi saya tak bersetuju dengan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahu memisahkan V Shem dan Wee Kiong.

Selepas tiga bulan, apa yang saya dapat lihat ialah gandingan baru V Shem-Teo Ee Yi serta Wee Kiong-Ong Yew Sin tidaklah terlalu menyerlah.

Mereka mampu bermain dengan baik tetapi untuk menewaskan lawan yang menduduki ranking teratas terutama dari China dan Jepun agak sukar.

Saya difahamkan gandingan V Shem-Wee Kiong hanya untuk saingan Piala Thomas sebelum gandingan mereka itu bakal difikirkan semula.

Perkara itu dimaklumka­n sendiri oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Bagi saya, tidak perlulah untuk memisahkan mereka berdua lagi.

Kerana hakikatnya mereka adalah yang terbaik di negara ini. Jadi kenapa mahu dipisahkan hanya semata-mata alasan tidak mempunyai titik persamaan?

Adalah lebih baik untuk mengekalka­n mereka berdua. Bagi saya ada saja jalan penyelesai­an untuk membentuk persefaham­an antara mereka berdua.

Langkah itu juga membolehka­n gandingan Eei Yi-Yew Sin mampu meneruskan misi mereka menjadi beregu kedua terbaik negara. Jumpa lagi.

 ??  ?? V SHEM (kiri) dan Wee Kiong digandingk­an semula bagi sahut cabaran Piala Thomas.
V SHEM (kiri) dan Wee Kiong digandingk­an semula bagi sahut cabaran Piala Thomas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia