Harian Metro

‘SUSAH SEKARANG, SENANG KEMUDIAN’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Najmie rela korban masa, tenaga demi impian membawa bola sepak negara ke peringkat tertinggi

Impian Megat Najmie Afnan Mohd Najib cukup tinggi iaitu mahu mewakili negara hingga ke Piala Dunia.

Namun, banyak yang perlu dilakukan untuk merealisas­ikan hasrat itu dan anak muda kelahiran Kuala Lumpur itu berharap akan terus diberi peluang mewakili negara hingga ke peringkat Soalan (S): Ceritakan kepada pembaca Arena Metro sejak bila anda mula bermain bola sepak dan siapa individu bertanggun­gjawab memperkena­lkan anda kepada sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula bermain bola sepak seawal umur 6 tahun. Pada ketika itu saya menyertai kelab Mahkota FA dan pernah menyertai pasukan CIMB, MBSA dan Soccerstar sebelum diserapkan ke program pembanguna­n bola sepak Negara ( NFDP).

Individu yang bertanggun­g jawab memperkena­lkan saya dalam bidang bola sepak adalah bapa saya sendiri Mohd Najib Mazlan. Beliau banyak memberi galakan dari mula pembabitan saya sehingga sekarang.

Selain itu bakat saya diketengah­kan oleh jurulatih Abdul Hafif Abdul Nasir selaku jurulatih NFDP.

S: Perkara apa yang perlu ditekankan untuk menjadi tertinggi.

Tegasnya dia juga mengingink­an untuk bermain di liga luar jika diberi peluang.

Memilik perwatakan sebagai seorang yang matang, Najmie sanggup mengorbank­an apa saja demi memastikan langkahnya dalam sukan bola sepak terus berkembang.

Biarpun terpaksa berpisah dengan ibu bapa, namun tegas anak muda berusia 12 tahun itu, ia bukan satu ma- seorang pemain bola sepak berjaya?

J: Perkara yang perlu diberi penekanan oleh pemain bola sepak adalah menerapkan disiplin di luar dan dalam padang serta memberi penuh tumpuan ketika latihan. Selain itu pemain juga perlu sentiasa menjaga stamina dan kecergasan serta pemakanan seimbang.

S: Anda pernah beraksi di posisi serangan sebelum ini namun kini beraksi di bahagian bek kiri, apakah perbezaan di kedua-dua posisi ini dan posisi mana yang paling anda minati?

J: Seawal usia enam hingga sembilan tahun saya bermain di posisi serangan. Posisi ini banyak mengajar saya untuk bermain secara pantas dan menjaringk­an gol. Ketika umur saya 10 hinnga 12 tahun jurulatih menukar posisi saya ke pertahanan kiri.

Di posisi ini saya diajar un- salah besar buat dirinya.

Kepercayaa­n yang diberi jurulatih seharusnya dibalas dengan aksi terbaik justeru biarlah susah sekarang agar senang di kemudian hari.

Ikuti temu bual bersama Najmie yang menerima anugerah khas kokurikulu­m di Sekolah Kebangsaan Bandar

Tun Hussien Onn selama tiga tahun berturut-turut mengenai masa depannya.

bertahan dan mengekang pihak lawan. Jika ditanya posisi mana yang lebih saya minati, pastinya saya lebih suka bermain di posisi bek kiri kerana saya boleh bertahan dan menyerang.

S: Anda ketika ini berusia 12 tahun dan apa perancanga­n anda selepas menjangkau usia 17 tahun dan boleh berkongsi dengan pembaca apakah impian anda?

J: Alhamdulil­lah buat masa ini saya sudah mencapai impian saya untuk mewakili skuad Malaysia bawah 12 tahun dan berjaya ditawarkan ke Sekolah Sukan Malaysia (AMD) tahun depan.

Impian saya adalah untuk bermain di liga luar. Saya harap selepas usia saya

17 tahun nanti saya akan diberi peluang bermain di liga Sepanyol atau Jepun serta dapat membawa pasukan Malaysia ke Piala Dunia. Insya-Allah.

S: Siapa idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilihnya sebagai idola?

J: Pemain luar negara yang menjadi idola saya adalah Sergio Ramos yang kini beraksi untuk Real Madrid. Pemain tempatan yang menjadi

idola saya adalah Aidil Zafuan Radzak. Kedua-dua pemain ini mempunyai karakter yang sama, iaitu bermain bermati matian di dalam padang serta mempunyai karektor sebagai pemimpin jika di dalam padang.

S: Boleh anda berkongsi kenangan manis dan pahit sepanjang terbabit dalam sukan ini?

J: Kenangan manis saya adalah ketika saya berjaya membawa pasukan saya (Malaysia Cougars) sebagai juara di kejohanan Tri Series Qatar dan dapat mewakili Malaysia ke kejohanan Matuk habeshi di Jepun. Kenangan pahit pula adalah ketika saya dikenakan kad merah semasa perlawanan separuh akhir di kejohanan 1MCC pada 2017. Perkara itu membuatkan saya terlepas aksi perlawanan akhir.

 ??  ??
 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ??
FOTO: OSMAN ADNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia