Harian Metro

AFIFAH PANTANG MENGALAH

-

Sememangny­a ia satu pencapaian yang membanggak­an apabila bergelar juara dunia selepas berusaha dengan keras.

Sudah pasti saya fikir fak- tor tidak berputus asa menjadi kunci kejayaan. Malah, saya sendiri tidak berputus asa walaupun tidak menang dalam acara lain sebelum berlangsun­gnya acara berpasukan.

Saya tidak pandang ke belakang kerana ia sudah berlalu dan fokus acara seterusnya. Syukur akhirnya saya antara yang membantu Malaysia bergelar juara dunia.

Ini kejayaan terbesar pernah saya kecapi sejak bergelar atlet negara. Gelaran juara dunia memang menjadi idaman saya kerana sukan ini tidak dipertandi­ngkan di pentas Olimpik.

Jadi Kejohanan Bowling Dunia adalah yang terbesar bagi kami. Kejayaan itu melengkapk­an sasaran kami yang mahu menang acara berpasukan.

Malah, saya bertuah mempunyai pemain senior seperti Shalin Zulkifli untuk membimbing rakan sepasukan yang sentiasa

 Sikap tidak berputus asa rahsia kecapi kejayaan di pentas antarabang­sa

memberikan panduan dan semangat.

Saingan di Las

Vegas adalah yang terakhir tahun ini, jadi secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan pencapaian

2017. Antara kejayaan lain yang dicapai tahun ini adalah perak di Kejohanan Bowling Asia selain emas pada Sukan SEA yang lalu.

Secara tidak langsung, pencapaian tahun ini akan memberikan motivasi kepada saya untuk mencapai kejayaan lebih baik dan cemerlang tahun depan terutamany­a pada Sukan Asia di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia