Harian Metro

Allardyce mula perang psikologi

-

London: Pengurus Everton, Sam Allardyce memuji ‘kepintaran’ bahagian serangan Liverpool tatkala beliau mempersiap­kan pasukan untuk pertembung­an musuh setempat Merseyside dengan skuad Juergen Klopp, malam ini.

Allardyce akan berkunjung ke Anfield dengan membawa harapan untuk mengulangi prestasi ketika beliau mengemudi Crystal Palace, April lalu - yang menyaksika­n Eagles bangkit daripada ketinggala­n satu gol sebelum melakar kemenangan.

Namun, beliau sedar dengan kekuatan kelompok jentera serangan Liverpool ketika Klopp masih boleh bergantung harap kepada Philippe Coutinho, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, pemain yang meledak jaringan ketika menewaskan Spartak Moscow 7-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

“Kadangkala anda hanya perlu mengangkat tangan dan memuji kepintaran pergerakan dan kualiti dimiliki pemain - anda tidak boleh berkata, sekiranya kami mampu menghalang satu atau dua pemain ini, kami boleh mengekang Liverpool, ia lebih daripada itu pada saat ini, mereka mempunyai empat ataupun lima pemain hebat,” kata Allardyce.

“Ia sedikit sukar buat kami dan kemampuan penyudah mereka juga meningkat. Mereka tidak perlu bergantung kepada satu atau dua pemain untuk menjaringk­an gol, jadi kami harus memastikan untuk cuba melakukan yang terbaik bagi mengatasin­ya.”

Allardyce memperoleh permulaan baik selaku jurulatih Toffees apabila menang 2-0 ke atas Huddersfie­ld Town, minggu lalu.

“Kami meraih kemenangan tahun lalu di Palace dan ia terhasil selepas ketinggala­n satu gol,” katanya.

“Saya perlu melihatnya semula, apakah yang perlu kami lakukan. Saya fikir, Liverpool bermain lebih baik hari ini tapi ia boleh dilakukan.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia