Harian Metro

JADUAL LATIHAN TERTUNDA

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Chun Yong harap prestasi skuad futsal kebangsaan tidak terjejas

berikutan lewat dalam persediaan hadapi Kejuaraan AFC

Ketua jurulatih futsal negara Chiew Chun Yong berharap kelewatan dalam persediaan menghadapi Kejuaraan AFC Februari depan tidak akan menjejaska­n peluang Malaysia untuk melakar kejutan pada kejohanan itu.

Skuad futsal negara hanya akan mula berlatih awal bulan depan dan pada masa sama ada cadangan untuk menghantar pasukan menyertai kejohanan jemputan di Croatia.

Malaysia mengharung­i musim memberangs­angkan tahun ini apabila memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur dan muncul naib juara Kejohanan AFF, dengan kedua-dua kejohanan dimenangi Thailand.

Skuad negara layak ke Kejuaraan AFC di Taiwan dari 1-11 Februari hasil persembaha­n cemerlang di kejohanan peringkat AFF, tapi masih gagal melepasi peringkat kumpulan dalam semua 11 penyertaan di peringkat Asia sebelum ini.

Chun Yong tidak mahu melihat momentum yang diperoleh sepanjang tahun ini, apabila ranking FIFA Malaysia melonjak dari tangga ke-74 ke 53 dalam tempoh 12 bulan, terjejas akibat kelewatan memulakan persiapan tahun depan.

“Kebanyakan

pasukan yang bertanding di Kejuaraan AFC sudah memulakan persiapan dengan Thailand dan Vietnam kini dalam siri jelajah Eropah,” kata Chun Yong yang kini berada di Pattaya untuk membimbing pasukan negara pada Kejohanan Futsal Bawah 16 Milo Hidup Bola.

“Ada rancangan untuk kami ke Croatia tapi saya masih menanti kelulusan (daripada Persatuan Bolasepak Malaysia). Saya harap kami mendapat lampu hijau dan boleh memulakan persediaan kami.”

 ??  ?? MOHD Khairul Effendy Mohd Bahrin (tengah) diasak pemain Vietnam di KL2017.
MOHD Khairul Effendy Mohd Bahrin (tengah) diasak pemain Vietnam di KL2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia